Saturday, December 21, 2024

PRN Melaka: Pelancaran jentera simbolik jalinan kerjasama jitu menangi Melaka – Mohamad Ali

Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) yang berlangsung malam tadi memperlihatkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli parti-parti komponen begitu jitu untuk memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini BN kekal mentadbir Melaka, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Katanya, di sebalik semangat yang ditunjukkan setiap jentera yang bakal bersama dengan PRN ini beliau mengajak mereka untuk mengambil ucapan yang diberikan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai bimbingan.

“Pelancaran malam ini (27 Okt) memperlihatkan bahawa kesatuan yang amat kuat dalam kalangan jentera BN negeri Melaka.

“Alhamdulillah hari ini kita lihat bahawa jentera-jentera daripada seluruh Parlimen negeri Melaka telah datang dengan begitu ramai ini menunjukkan semangat mereka dalam PRN ini begitu komited sekali.

“Saya berharap apa jua yang telah diberi panduan oleh Pengerusi BN akan menjadi motivasi buat kita semua dalam usaha menawan dan menjadi negeri contoh kepada rakan di negeri lain untuk Melaka menang dengan begitu cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada majlis Pelancaran Jentera BN yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia, di sini.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu itu juga berkata setiap Parlimen di negeri tersebut sudah bersedia untuk berkempen secara maya memandangkan peraturan ketat prosedur operasi standard (SOP)  kempen yang ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19.

“Kita di peringkat negeri sebenarnya di setiap Parlimen sudah ada pusat-pusat media bukan disebabkan suasana COVID-19 tetapi kita tahu pengundi khusus golongan muda lebih tertarik dengan kempen yang kita gunakan dalam sosial media.

“Sebenarnya perkara-perkara itu sebenarnya telah kita lakukan persiapan lebih awal dan bila menjelang pilihan raya kita akan gunakan sepenuhnya segala kempen dari sudut sosial media ini,” ujar beliau.

Berkaitan

DUNIA

Serangan Israel ke atas blok apartmen di Nuseirat Gaza membunuh 8...

TEKNOLOGI

Eropah membuka siasatan terhadap TikTok berhubung campur tangan pilihan raya berikutan...

SUKAN

Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…