Monday, December 23, 2024

PRN Melaka: Cikgu Ali berpanas baiki sekolah dilanda ribut

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang sentiasa dekat dengan penduduk setempat bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, malah beliau bersama kepimpinan setempat yang lain turut peka dengan kemudahan awam yang lain.

Perkara ini jelas apabila beliau sanggup berpanas membaiki bumbung sekolah yang rosak di landa ribut beberapa hari lalu di kawasan tersebut.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Negara itu berkata ia dilakukan bagi memastikan proses pembelajaran anak murid sekolah tidak terganggu.

“Walaupun pancaran cahaya matahari sangat terik ia tidak menghalang semangat saya untuk membantu membaiki Adec yang rosak. Ini semua kerana kasih dan sayang saya kepada anak-anak murid yang dikasihi.

“Walaupun saya seorang bekas guru, tetapi semangat keguruan tetap tersemat di dalam hati dan jiwa saya. Kerana itu, apa yang saya lakukan ini adalah untuk keselesaan proses pembelajaran anak-anak memandangkan sesi persekolahan akan di buka tidak lama lagi.

“Ini juga pengorbanan dan kasih sayang para guru kepada anak didikanya,” katanya melalui satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook.

Beberapa atap jubin di Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, di sini mengalami kerosakan setelah di landa ribut pada Selasa.

Bertindak dari aduan orang ramai, Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ali segera menyewa sebuah jentera berat ‘skylift’ bagi membaiki kerosakan tersebut.

Paling menarik beliau sendiri turut kelihatan menaiki jentera tersebut bagi membantu kerja-kerja pembaikan.

Berkaitan

POLITIK

UMNO belum terima permohonan bekas ahli – Ahmad Zahid

POLITIK

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

POLITIK

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…