Saturday, January 4, 2025
PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

BN pilihan terbaik, rakyat mahukan kestabilan – Khaled

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Melaka telah memberikan Barisan Nasional (BN) suatu keyakinan bahawa ia sebenarnya adalah ‘pilihan’ terbaik untuk Malaysia.

Ini kerana katanya, BN menyajikan politik yang sederhana, menghargai kemajmukan dan progresif serta pengalaman mengurus kepelbagaian yang telah teruji.

“Rakyat Melaka telah memilih Kerajaan yang baharu. Mandat kepada BN menunjukkan bahawa mereka mahukan kestabilan politik, dan mengekalkan kestabilan politik itulah yang akan menjadi keutamaan BN, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran menerusi laman facebooknya.

Jelasnya, Melaka adalah babak penting dalam kebangkitan semula BN menguasai Kerajaan Pusat.

“Bermula dengan pelbagai kemenangan dalam pilihan raya kecil sebelum ini, Melaka adalah momentum yang menderaskan lagi usaha BN untuk menguasai semula Kerajaan.

“Di Melaka, BN juga telah memaparkan kesungguhannya untuk pembaharuan. Penampilan 87 peratus calon yang baharu, bersih, dan berwibawa bermakna BN telah melepasi halangan yang sangat besar dalam usaha pembaharuannya.”

Ujarnya, Melaka menyaksikan ‘generational change’ yang sangat BN perlukan.

“BN juga tegas mempelopori pembanterasan politik lompat melompat yang tidak bermoral. BN sekarang akan melaksanakan pembanterasan tersebut dengan segera.

“Pengajaran terbesar dari episod pilihan raya di Melaka ialah rakyat mahukan politik yang stabil dan berprinsip.

“Kestabilan hanya akan wujud jika ada sebuah parti politik yang dominan menguasai Kerajaan, kerana itulah semangat sebenar sebuah sistem demokrasi ala ‘Westminster’. Model ‘Westminster’ bukan perikatan parti-parti kecil dan sederhana membentuk Kerajaan. Situasi seperti itu adalah rumusan kepada ketidakstabilan sebenarnya.

Kata beliau, BN mengambil risiko yang besar dalam membuat perhitungan politiknya di Melaka namun BN bukan jenis ‘risk averse’ atau mengelak risiko, malah ia sanggup menghadapi segala risiko demi keberhasilan yang berlipat ganda.

“Perang terbesar yang BN harus hadapi selepas ini ialah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. BN tidak akan melepaskan peluang ini untuk kembali mentadbir Malaysia.

“Tetapi perjalanan BN menuju PRU ke-15 bukanlah mudah. Pengundi milenial dan sokongan bukan Melayu adalah cabaran yang sangat mencabar. BN perlu bekerja keras bagi menanganinya,” katanya lagi.

Terdahulu, pada 20 Nov lalu, BN memenangi dua pertiga PRN Melaka dengan menewaskan pencabarnya, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dengan memperoleh 21 kerusi berbanding dua milik PN dan lima kerusi yang dipertahankan PH.

#Tag

Berkaitan

Badan Perhubungan UMNO negeri senada junjung titah Agong

Himpunan Solidariti untuk Najib: UMNO junjung Titah Agong

Timbalan ketua Bersatu Sabah keluar karti, sokong GRS

Keputusan pengampunan oleh YDPA Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan tertakluk kepada peruntukan undang-undang

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

JENAYAH / MAHKAMAH

Remaja perempuan hilang selepas selisih faham dengan keluarga

JENAYAH / MAHKAMAH

15 individu diambil keterangan bantu siasatan insiden konsert ambang Tahun Baharu

SUKAN

Kecederaan belum pulih, Zii Jia tarik diri

NAJIB RAZAK

AM

‘Bintang Kejora’ muncul bersama bulan

EKONOMI

Ringkasan Kemajuan ECRL: Kemas kini terkini, butiran stesen dan mengapa ia penting serta bagaimana Rafizi membodohkan pengikutnya

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Badan Perhubungan UMNO beberapa negeri akur dengan arahan dikeluarkan ibu pejabat parti itu supaya tidak meneruskan himpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri...
NAJIB RAZAK

Himpunan Solidariti untuk Najib: UMNO junjung Titah Agong

UMNO menjunjung hormat Titah Kenyataan Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara...
POLITIK

Timbalan ketua Bersatu Sabah keluar karti, sokong GRS

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Aksyah Nasrah hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
NAJIB RAZAK

Keputusan pengampunan oleh YDPA Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan tertakluk kepada peruntukan undang-undang

Dato' Seri Najib atau keluarga beliau boleh membuat permohonan baru untuk tujuan pengampunan kebawah Duli Yang DiPertuan Agong sekarang atas alasan Titah Adendum sebelum...
JENAYAH / MAHKAMAH

Remaja perempuan hilang selepas selisih faham dengan keluarga

JENAYAH / MAHKAMAH

15 individu diambil keterangan bantu siasatan insiden konsert ambang Tahun Baharu

SUKAN

Kecederaan belum pulih, Zii Jia tarik diri

NAJIB RAZAK

Badan Perhubungan UMNO negeri senada junjung titah Agong

AM

‘Bintang Kejora’ muncul bersama bulan

EKONOMI

Ringkasan Kemajuan ECRL: Kemas kini terkini, butiran stesen dan mengapa ia penting serta bagaimana Rafizi membodohkan pengikutnya

TEKNOLOGI

Alat AI baru Google menggunakan arahan imej bukannya teks