Baitulmaqdis dilanda ribut salji, dilitupi hablur ais setebal 25cm - pakdin.my

SALJI melitupi Baitulmaqdis dan timur Mediterranean ketika ribut yang jarang berlaku menjadikan kota suci itu seperti taman ajaib.

Cuaca sejuk yang telah menyebabkan gangguan besar di Athens dan Istanbul menyaksikan salji lebat di kawasan yang lebih terkenal dengan kehangatan musim panas mereka.

Di lorong-lorong Kota Lama di Baitulmaqdis, kanak-kanak dilihat membaling sesama sendiri dengan bebola salji selepas salji turun lewat kelmarin.

Menjelang pagi, salji menyelubungi perkarangan masjid Al-Aqsa.


Difahamkan salji setinggi 15 hingga 25 sentimeter salji telah turun dalam masa semalaman.

Pembajak salji mengambil masa sehingga tengah hari untuk membuka semula lebuh raya utama menuju ke Baitulmaqdis dari utara, selatan dan barat.

Susulan itu sekolah-sekolah di sana ditutup.

Cuaca sejuk ekstrem itu secara tidak langsung membawa kesengsaraan kepada pelarian Syria di rantau itu.

Selain Baitulmaqdis, bandaraya Istanbul, Turki dan Athens, Greek telah pun dilitupi salji sejak awal minggu ini.

UTAMADUNIABaitulmaqdis dilanda ribut salji, dilitupi hablur ais setebal 25cm

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium