‘Tak tahu kenapa saya diserang’; Zuraida dikeluarkan kumpulan chat pimpinan Bersatu - pakdin.my

Seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM mengesahkan laporan mengatakan Zuraida Kamaruddin dikeluarkan daripada kumpulan perbualan mereka.

“Ada benarnya juga apa yang diberitakan ini,” kata Muhammad Faiz Na’aman ketika ditanya mengenai laporan Utusan Online.

Portal itu melaporkan Zuraida dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp yang dianggotai lebih 30 ahli MPT termasuk Presiden Muhyiddin Yassin minggu lepas.

Perkembangan ini menyusuli laporan bahawa PPBM sedang menyiasat dakwaan bahawa Zuraida yang merupakan bekas Naib Presiden PKR yang berhijrah ke PPBM susulan Langkah Sheraton tahun lepas, kini dikaitkan dengan Parti Bangsa Malaysia.

“Ini hal dalaman parti yang tidak patut terus dipolemikkan,” kata Faiz.

Zuraida dalam satu temu bual berkata, pihak parti tidak memaklumkan apa-apa kepadanya berhubung kedudukannya, sama ada secara rasmi atau tidak.

“Saya tidak tahu mengapa saya diserang dalam parti saya sendiri,” katanya kepada The Vibes.

Faiz memberitahu bahawa kedudukan Zuraida akan dimaklumkan nanti.

“Kita tunggu sahajalah keputusan kepimpinan parti mengenai status Zuraida,” katanya.

BACA juga:

Guan Eng desak Zuraida Dedah semua surat rundingan terus berkait beliau

Satu pun tak pernah bincang dalam mesyuarat kabinet, kata Zuraida

Lebih 200 anti Zuraida hadir di pejabat PKR

UTAMAPOLITIK‘Tak tahu kenapa saya diserang’; Zuraida dikeluarkan kumpulan chat pimpinan Bersatu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium