BERITARoS lulus pindaan perlembagaan UMNO

RoS lulus pindaan perlembagaan UMNO

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti tidak lebih dari enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, perkara itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang diterima beliau pada petang ini.

Menurut beliau, surat itu memaklumkan RoS meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO dengan kelulusan itu berkuat kuasa hari ini.

“RoS bersetuju kepada pindaan perlembagaan UMNO agar pemilihan di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).

“RoS juga meminta agar satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen. Ini bermakna pemilihan UMNO untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU-15 diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ahmad mewakili UMNO ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada RoS dan semua pihak yang terlibat dalam meluluskan pindaan perlembagaan UMNO.

Sebelum ini, UMNO meminda perlembagaan menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) agar pemilihan parti diadakan selepas enam bulan PRU.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami