MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Sahabat kopi

Mungkin kita membayangkan ‘Sahabat kopi’ hanya orang yang kita ajak ‘mengopi’ di kedai makan atau warung. Mungkin juga ‘Sahabat Kopi’ ini adalah individu yang akan bersama-sama dengan kita meluangkan masa sambil menikmati secawan kopi? Bagi pandangan penulis sendiri, ‘sahabat kopi’ adalah sinonim dengan kawan atau sahabat yang kita selesa berbicara bersama tentang apa jua topik. Sahabat yang setia mendengar luahan rasa ketika sedih mahupun gembira.

INDIVIDU YANG SUDI MELUANG MASA BERSAMA

Hidup ini memang tidak lari dari ujian atau masalah. Kadangkala masalah atau ujian tersebut menghilang selepas kita bermunajat, mengadu dan berdoa kepada yang Maha Esa, ataupun kita akan cuba mencari seseorang untuk mendengar luahan rasa hati. Bukan untuk mengadu tetapi ianya lebih kepada meluah dan menceritakan agar perasaan yang sedang kita alami bukan ditanggung sendiri. Sahabat inilah yang dicari sebenarnya bukan untuk berharap dapat menyelesaikan masalah tetapi cukuplah dengan kata-kata semangat yang diberi, memberi respon di setiap cerita, itu sudah cukup memadai.

VIDEO berkaitan

Namun kita juga harus berhati-hati dalam memilih sahabat kopi kerana adakalanya semakin menambah masalah kepada diri sendiri. Mungkin ada di antara sahabat kopi itu terdiri daripada ‘internet bergerak’. Habis merata cerita kita disalurkannya kepada orang lain. Ada juga yang mungkin bersikap umpama ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Mungkin ada juga yang dalam kalangan mereka itu yang berpendapat ‘ah engkau engkau, aku adalah aku’ selesai mendengar luahan hati, dia langsung tidak mempedulikan kita. Justeru, pemilihan sahabat kopi yang baik sangat penting.

PERLU BIJAK PILIH SAHABAT KOPI

Pilihlah kawan yang amanah untuk kita meluahkan apa yang terbuku di hati. Sikap jujur juga penting dalam persahabatan. firman Allah didalam Surah At-Taubah ayat 119. Maknanya: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.

Seeloknya carilah kawan atau sahabat yang sama jantina dengan kita dalam bercerita masalah yang sedang dihadapi. Ini penting bagi menjaga ikhtilat (percampuran antara dua jantina di suatu tempat) bagi memelihara diri daraipada fitnah. Hindarilah daripada berkongsi cerita suka duka bersama bukan pasangan atau berkongsi kisah dengan pasangan orang lain, walaupun kita merasakan dia orang yang sangat sesuai mendengar masalah kita. Ini mungkin menimbulkan fitnah, atau syak wasangka yang tidak baik. Seterusnya, menambah masalah sedia ada.

Carilah kawan yang mempunyai akhlak dan peribadi yang baik dan selalu bertutur dengan lemah lembut. Ini sangat penting kerana mereka akan memberi nasihat dan teguran dengan penuh hikmah. Mungkin nasihat dan tegurannya tidak mampu kita turuti, akan tetapi kita dapat menerimanya dengan hati yang tenang dan terbuka. Bayangkan sahaja kawan kita memberi teguran dan nasihat dengan kasar, pastinya masalah yang ada akan ditambah pula dengan duka daripada sikap kawan tersebut.

Adakala kita terlepas bercerita tentang masalah dan aib kita kepada sahabat kita, maka, pilihlah kawan yang boleh menjaga aib kita dan orang lain. Baginda Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa menutupi (aib) saudaranya sesama muslim di dunia, Allah menutupi (aib) nya pada hari kiamat. – [HR Ahmad 22101].

Usah pendam dan menjeruk hati seorang diri carilah ‘sahabat kopi’ yang kita selesa untuk bercerita. Pilihlah waktu yang sesuai untuk duduk bersama sambil berbual dan menikmati aroma kopi bersama sahabat. Semoga jalinan ukhuwah bersama sahabat sejati ini kekal dan bermanfaat sepanjang masa.

Penulis: Nurulisyazila Othaman
Guru Bahasa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

BACA juga:

Berkaitan

What kind of religious leaders would benefit Malaysia?

怎么样的宗教领袖对马来西亚有益?

Building a Civilized Cyberspace Together

“气球哥”遭暴力执法,竟被说成政府针对马来人?

Terkini

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Kebebasan bersuara bukan tiket untuk menghina agama lain

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’