PILIHAN RAYAPRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin

PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang – Amirudin

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan peranan MCA dan MIC akan dilibatkan dalam pembentukan pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang jika gabungan parti Kerajaan Perpaduan dapat mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, pembabitan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran negeri penting demi kestabilan politik di negeri berkenaan.

Sehubungan itu, katanya beliau amat mengharapkan pembabitan MCA dan MIC semasa tempoh berkempen menjelang pilihan raya negeri kali ini walaupun kedua-dua parti berkenaan sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding di enam PRN bulan hadapan.

“Mereka juga harus dilibatkan sama semasa kempen dan pentadbiran masa depan kerajaaan negeri. Saya sedia sebut hal itu, kerana kita mahu mengekalkan konsep gabungan Kerajaan Perpaduan yang saya anggap suatu jawapan kepada ketidaktentuan politik yang tercipta pada 2020.

“Kita mahu lebih ramai terbabit dan bersama-sama, more heads are better than one,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023, di sini hari ini.

Sebelum ini, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bulan hadapan, bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

PRN di keenam-enam negeri itu dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kenyataan Fahmi Fadzil sambut keterbukaan BN runding kerusi Melaka: Antara pragmatisme politik dan bayangan pengaruh DAP?

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami