MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kempen paling buruk Manchester United

MANCHESTER United mengesahkan jangkaan banyak pihak apabila akhirnya tersingkir pada saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini ekoran kekalahan 0-1 menentang Bayern Munich pada aksi terakhir Kumpulan A di Old Trafford awal pagi semalam.

Aksi awal pagi semalam menyaksikan United tiada pilihan kecuali mencatat kemenangan dan mengharapkan satu lagi aksi melibatkan FC Copenhagen dan Galatasaray berakhir seri, namun kedua-dua harapan tersebut berkecai apabila mereka kalah, manakala wakil Denmark itu mencatat kemenangan.

Lebih malang buat skuad kendalian Erik Ten Hag itu, mereka turut gagal melayakkan diri untuk aksi playoff Liga Europa selepas menamatkan saingan di kedudukan tercorot kumpulan tersebut dan ia merupakan kali pertama berlaku dalam rekod pasukan itu di saingan Eropah sejak 2005.

Selain itu, musim ini juga United mencipta sejarah ‘malapetaka’ apabila hanya mampu meraih empat mata dalam enam aksi sekali gus menjadi yang paling rendah sepanjang penglibatan mereka di UCL serta bolos 15 jaringan adalah jumlah paling banyak pernah dikumpul pasukan dari Liga Perdana Inggeris pada pertandingan tersebut.

Keputusan tersebut juga menyebabkan United berdepan kerugian wang bonus penyertaan sehingga £9 juta (RM53.19 juta) apabila gagal untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik UCL selain turut tidak layak ke saingan kelas kedua Eropah, Liga Europa. – SETERUSNYA

Berkaitan

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Terkini

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’