MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Klip video lama Pang bukan isu besar – Mohd Isa Kasim

Pang yang enggan melayan penularan ucapannya itu menegaskan beliau kali ini tampil sebagai “calon kerajaan perpaduan”.

HULU SELANGOR: Pemimpin akar umbi Umno dan MIC menyifatkan video lama calon DAP kritik Barisan Nasional ‘bukan isu besar’, mengenang perseteruan antara mereka sebelum ini.

Ketua Umno Hulu Selangor, Mohd Isa Abu Kassim, berkata hakikatnya parti-parti politik sudah tentu saling ‘menghentam’ apabila bermusuhan.

“Video ucapan Pang kritik BN itu tak beri kesan sebab ia video lama malah dua pihak ada, DAP ada, Umno ada, PAS ada, Bersatu ada, semua ada ucapan menghentam satu sama lain semasa menjadi musuh politik,” katanya.

Mohd Isa Abu Kasim

Menuju hari penamaan PRK Kuala Kubu Baharu kelmarin, tular di media sosial video lama Pang Sock Tao mengkritik BN ketika berkempen sempena PRU15.

Dalam kalangan komponen BN, Umno dan MIC menyatakan ia akan membantu kempen pilihan raya kerajaan manakala MCA tidak mahu terlibat kerana terguris dengan “penghinaan” pemimpin DAP.

“Video tular bukan isu besar sehingga penyokong dan ahli MIC nak memboikot calon kerajaan perpaduan,” kata Ketua MIC Hulu Selangor, K Balasundaram.

Malah beliau mendedahkan bahawa kerjasama ini mendorong pemimpin DAP untuk menghulur tangan kepada MIC.

“Contohnya Naib Pengerusi DAP Selangor, V Ganabatirau, datang ke bilik gerakan MIC. Beliau kata hari ini di Malaysia sekolah Tamil masih kekal disebabkan hasil usaha MIC,” katanya.

“Sebelum ini semasa bergaduh macam-macam mereka kata, hari ini mereka mengaku sumbangan MIC kepada masyarakat India sangat besar, jadi kenyataan ini memberi semangat baharu.”

PRK kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia, dan seorang calon bebas.

Pang akan mempertahankan kerusi itu daripada cabaran Khairul Azhari Saut (Bersatu), Hafizah Zainudin (PRM), dan Nyau Ke Xin.

Pengundi Kuala Kubu Baharu akan memilih wakil rakyat mereka pada 11 Mei.

BACA juga:

Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor calon PN di PRK DUN Kuala Kubu Baharu

UMNO aktifkan ‘war room’ bantu calon Kerajaan Perpaduan – Ahmad Maslan

PRK Kuala Kubu Bharu: Setiausaha Akhbar Kor Ming, Pang Sock Tao calon wakili Kerajaan Perpaduan

Berkaitan

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek – Ahmad Zahid

Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

PRK Dun Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN – Saifuddin

Terkini

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

PRK DUN Ayer Kuning: 6 calon UMNO Tapah masih dalam senarai

Akibat tarif baharu Trump, harga iPhone bakal cecah RM10,000?

Nasi campur dengan dua sayur dan satu lauk RM18? Alasan pemilik gerai mengejutkan!

Abang belon ada 13 rekod lampau