BERITAALAM SEKITAR Daging babi dibuang dalam sungai, nelayan buat laporan polis

[VIDEO] Daging babi dibuang dalam sungai, nelayan buat laporan polis

- Nelayan di Gua Musang membuat laporan polis selepas menemui daging babi dibuang ke Sungai Nenggiri. - Hantaran viral di Facebook. Lori bertaburan daging babi sejuk beku. - Nelayan kecewa dengan punca pendapatan terjejas. Polis mengesahkan laporan yang diterima.

GUA MUSANG: Sekumpulan nelayan di Kampung Setelu, Kampung Pasir Tumbuh dan Kampung Bertam, di sini, semalam 9 Jun 2024 membuat laporan polis selepas menemukan daging dipercayai daging babi dibuang ke dalam Sungai Nenggiri, di sini, Sabtu 8 Jun 2024.

Zulkifli Junuh, 52, berkata pada 5.30 petang dia ternampak daging haiwan terbabit hanyut dibawa arus ketika ingin memeriksa pukat yang dipasangnya sebelum memberitahu rakan nelayan yang lain.

“Setelah pulang ke rumah baru saya dapat tahu tentang hantaran yang tular di Facebook tentang daging babi dibuang ke dalam sungai yang dimuat naik oleh penduduk yang melihat kejadian itu,” katanya kepada pemberita di Kampung Kuala Lah, di sini hari ini.

Beliau berkata pada hari sama iaitu Sabtu lepas, muatan sebuah lori yang dipercayai daging babi sejuk beku dipercayai bertaburan di atas Jalan Gua Musang-Jeli selepas dinding sebelah kiri lori berkenaan tercabut ketika dalam perjalanan dari Tanah Merah menuju ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur.
Ketua Jaringan Nelayan Darat bagi Kampung Pulau Setelu Zakaria Omar, 59, kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang tidak sensitif dan menyebabkan punca pendapatan nelayan di tiga kawasan sekitar terjejas.

“Sudah 20 tahun saya mencari rezeki di sungai ini, saya amat kecewa. Kita tahu daging itu akan dimakan oleh ikan baung dan ikan kenerak di dalam Sungai Kuala Lah dan Sungai Nenggiri yang akan ditangkap oleh kami untuk dijual,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

El Niño dah datang, dan kali ni katanya super kuat!

Gempa lemah magnitud 2.9 di perairan Batu Pahat: Tiada ancaman tsunami

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami