Saturday, December 21, 2024

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

"Saya telah memberitahu kepada kepada pihak-pihak berkenaan yang bertelagah dengan isu itu, yang belum ada tentu hujung dan pangkalnya, jangan bangkitkan isu yang sensitif dan berpolemik, hormati agama antara satu sama lain,” katanya.

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang cadangan dan kajian pensijilan halal, tidak akan bersifat memaksa pengusaha bukan Islam.

“Perbincangan mengenai isu halal adalah sesuatu yang sudah lama, malah sijil halal juga sememangnya dimohon oleh pengusaha serta pengendali restoran bukan Islam di negara ini.

“Apa keadaan sebenarnya tentang cadangan dan kajian terhadap (sijil) halal itu, jangan paksa kepada orang bukan Islam untuk dapatkan sijil halal,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-78 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, pada Ahad 15 September 2024.

Justeru, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia meminta rakan-rakan dalam parti Kerajaan Perpaduan, supaya tidak menyalah tafsir berhubung isu berkenaan.

“Jangan masuk perangkap musuh politik kita. Semalam, selepas penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, kami daripada Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan dengan semua parti PH.

“Saya telah memberitahu kepada kepada pihak-pihak berkenaan yang bertelagah dengan isu itu, yang belum ada tentu hujung dan pangkalnya, jangan bangkitkan isu yang sensitif dan berpolemik, hormati agama antara satu sama lain,” katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dilaporkan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

BACA juga:

Berkaitan

POLITIK

UMNO belum terima permohonan bekas ahli – Ahmad Zahid

POLITIK

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

POLITIK

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…