BERITAALAM SEKITAR Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Pokok tumbang itu menghempap sebuah motosikal dan sebuah kereta. Penunggang motosikal mengalami kecederaan

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 5.38 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 25 minit kemudian.

“Pokok tumbang itu menghempap sebuah motosikal dan sebuah kereta. Penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan pemandu kereta terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

“Seramai sembilan anggota bomba yang terlibat telah membuat kerja-kerja pemotongan pokok tumbang berkenaan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.51 petang,” katanya.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

El Niño dah datang, dan kali ni katanya super kuat!

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami