BERITA 7 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang berhampiran Taman Kinrara

[VIDEO] 7 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang berhampiran Taman Kinrara

"Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

PUCHONG: Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang susulan angin kuat dan hujan lebat di Taman Kinrara di sini, 27 Mei 2024.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 4.24 petang.

Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dengan kekuatan sembilan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebatang pokok tumbang menghempap tujuh kenderaan yang di parkir di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba ,membantu dalam operasi memotong dan mengalihkan pokok.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami