BERITAUncleseekers Didapati Positif Dadah - Polis Johor

Uncleseekers Didapati Positif Dadah – Polis Johor

Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan Jumaat, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

“Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata kenyataan itu.

Dua hari lepas, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya.

Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran ‘Uncleseekers’ bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

‘Lebih rela tak pegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP’ – Pendirian tegas Onn Hafiz

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami