MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat

Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November.

NARATHIWAT: PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin 4 November 2024.

Menerusi rakaman video tular di media sosial, kesemua suspek meninggalkan Balai Polis Sungai Golok sekitar pukul 10.30 pagi (waktu Thailand) menaiki trak polis.

Semua suspek dilihat dibawa keluar daripada balai polis dengan tangan mereka digari dan memakai pelitup muka.

Mereka juga dikawal ketat oleh polis yang memakai pakaian kalis peluru ketika dibawa masuk ke dalam trak.

Difahamkan, seramai 50 anggota keluarga dan rakan-rakan suspek menunggu di luar balai polis berkenaan sejak pukul 9 pagi.

Apa yang lebih mengharukan, kedengaran suara tangisan seorang wanita memberikan kata-kata semangat untuk suspek terus kuat berdepan dengan ujian ini.

Pada Sabtu 2 November 2024, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand.

Kesemua suspek melibatkan tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 32 tahun ditahan selepas mereka dikatakan selesai berhibur di sebuah pusat hiburan.

Sumber berkata, ketika serbuan pada pukul 5 pagi itu mereka yang ditahan sedang berehat di dalam bilik.

Selepas siasatan dijalankan, jurucakap polis memberitahu kesemua suspek didapati positif dadah dan akan mendapatkan perintah reman terhadap keenam-enam individu tersebut di sebuah mahkamah di Narathiwat.

BACA juga:

Berkaitan

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

Terkini

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高