Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

“BN juga perlu menyusun strategi bukan sahaja bagi mempertahankan kerusi dimenangi, tetapi merampas kawasan dikuasai pembangkang.

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.

Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penyakit terbabit merupakan antara yang perlu dihindari BN di mana ia dilihat menjadi punca kelemahan dalam beberapa PRU sebelum ini.

Dalam hal ini, jelasnya, BN masih dibayangi penyakit delusi dengan mempercayai parti itu masih mendapat sokongan rakyat.

“Kedua penyakit amnesia (mudah lupa). Terlupa akan sebab BN diwujudkan, lupa apa tujuan perjuangan asal dengan berkorban masa dan wang ringgit. Sebaliknya, kita kini bekerja untuk apa kita akan dapat. Ini perlu diperbetulkan.

“Seterusnya penyakit inertia iaitu enggan buat perubahan. Keempat penyakit arrogant (sombong), tidak boleh terima teguran, tidak boleh terima kesalahan, tidak mahu bertolak ansur,” katanya Konvensyen BN Wilayah Persekutuan 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

VIDEO berkaitan:

Jelasnya, keempat-empat penyakit itu mesti jadi pedoman parti yang mana asas paling penting ialah tidak putus asa untuk meraih kemenangan dengan menarik sokongan rakyat.

Mengulas lanjut, Johari berkata, BN dapat kembali memerintah dengan cemerlang sekiranya semua ahli BN termasuk parti komponen bersatu hati untuk meraih kejayaan.

“Justeru itu, kepimpinan BN perlu ada strategi untuk memenangi semula dua kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya dan Labuan yang dimenangi Perikatan Nasional (PN).

“Saya nak minta kepada Pengerusi BN iaitu dua kawasan Labuan dan Putrajaya kita pernah menang untuk book (tempah) awal untuk BN bertanding dan mempertahankan,” katanya.

BACA juga:

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

[VIDEO] UMNO guna lambang dacing pada PRU16 – Ahmad Zahid

Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu – Ahmad Zahid

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

SUKAN

[TONTON] Masalah tikus di Old Trafford

TEKNOLOGI

Vietnan laksana undang-undang internet yang ketat berkuat kuasa 25 Disember

JENAYAH / MAHKAMAH

Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan

DUNIA

[TONTON] Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan