Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden - pakdin.my

Datuk Seri Johari Abdul Ghani, hari ini mengesahkan beliau bakal bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu.

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang  menyerahkan borang pencalonan bagi merebut tiga jawatan tertinggi UMNO itu.

BERITA berkaitan:
[VIDEO] Pemilihan UMNO perlu dibuat sebelum 19 Mei ini – Ahmad Maslan – pakdin.my
https://pakdin.my/161730/

Johari yang juga ahli parlimen Titiwangsa, menghantar borang pencalonannya di Auditorium UMNO di Menara Dato’ ONN pagi tadi.

Sebelum ini, penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan masing-masing.

VIDEO berkaitan

Selain itu, Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menghantar pencalonannya bagi jawatan sama.

UTAMAPOLITIKJohari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium