MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

UMNO belum terima permohonan bekas ahli – Ahmad Zahid

Mengenai kenyataan bekas ketua penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan yang mengatakan beliau pandai membina naratif menjadi ‘hero’, Ahmad Zahid berkata: “Dia sudah tidak relevan lagi”.

UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sekiranya terdapat permohonan, perkara berkenaan akan dibentangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan datang.

“Setakat ini, tidak ada permohonan (daripada bekas ahli UMNO). Kita akan bawa kalau ada permohonan, (ia) akan dibawa kepada Jawatankuasa Pengurusan dan akan dibentangkan di Majlis Kerja Tertinggi jika ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat bekas ahli UMNO mengemukakan permohonan bagi menyertai semula parti itu.

Ditanya mengenai bila mesyuarat akan diadakan, Ahmad Zahid berkata ia dijangka pada Januari tahun depan atau bulan berikutnya.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 25 Nov lepas, menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyuarat MT di Kuala Lumpur memaklumkan keputusan sebulat suara itu dibuat selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan parti.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti itu.

Pada 1 Dis lepas, Ahmad Zahid dilapor berkata keputusan menarik balik penggantungan keahlian Tajuddin dalam UMNO adalah berikutan komitmen yang ditunjukkan beliau untuk kembali semula kepada parti itu.

Berkaitan

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani