BERITAProjek Loji Rawatan Air Langat 2 Akan Dilaksana Secara Tender Terbuka

Projek Loji Rawatan Air Langat 2 Akan Dilaksana Secara Tender Terbuka

Projek Loji Rawatan Air Langat 2 Akan Dilaksana Secara Tender TerbukaKerajaan persekutuan akan melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam kenyataan pada Khamis berkata, semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender tersebut apabila diiklankan kelak.

Justeru, tuduhan yang mengatakan projek itu dibina antara lain bertujuan memastikan kroni Umno-Barisan Nasional mendapat kontrak pembinaan adalah tidak berasas, kata kenyataan tersebut.

Kementerian itu turut menegaskan bahawa kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri, tidak pernah memajak mana-mana aset air negeri kepada kerajaan persekutuan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Selangor sebagai pemilik aset air negeri mengikut Seksyen 188 Akta Industri perkhidmatan Air 2006, bertanggungjawab memastikan ketersediaan bekalan air terawat di loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tanggungjawab Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai operator pengagihan air di Selangor pula adalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat, bukan memastikan ketersediaan bekalannya, kata Kementerian itu.

Syabas diberi kuasa itu mengikut Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

 

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Tenggelam Perlahan: PKR Mulai Retak, Anwar Makin Kesepian

Manifesto 12 agenda Parti BERSAMA Malaysia

Anwar pula ambil alih Pandan sebagai kawasan angkat

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami