BERITAPOLITIKUMNO tarik sokongan: Fahami isu pokok

UMNO tarik sokongan: Fahami isu pokok

UMNO BN bukan tarik sokongan kerana gila kuasa, tetapi kerana mahu menjaga maruah institusi adat Negeri Sembilan. PH pula memilih untuk terus memerintah dengan sokongan minoriti.

Dalam politik Negeri Sembilan, banyak naratif sampingan dimainkan. Namun, kalau kita nak faham betul-betul kenapa UMNO BN akhirnya menarik sokongan daripada PH, kita kena kembali kepada isu pokok.

Sejarah Ringkas PRN 2023
– BN & PH bertanding bersama menentang PN.
– BN menang 14 kerusi, PH 17 kerusi.
– Kalau nak diungkit, kedua-dua pihak saling bantu. BN bantu PH, PH bantu BN.

Hakikatnya, tiada perjanjian rasmi yang menyatakan jawatan MB mesti datang dari PH. Tok Min kekal sebagai MB kerana sokongan Undang Yang Empat, bukan kerana “deal” politik semata-mata.

Dinamika Tok Jalal
– Tok Jalal dikenali sebagai pemimpin yang keras, tapi masih tahu berunding.
– Walaupun ada ura-ura beliau boleh jadi MB bersama PN, akhirnya beliau akur dan terima Tok Min sebagai MB penggal kedua.
– Penting: Tok Jalal kekal bersama UMNO BN, malah jadi Pengerusi UMNO BN Negeri Sembilan.

Prestasi PH vs BN
– PRU14: PH menang 20 DUN, BN 16 DUN.
– PRN 2023: PH turun kepada 17 DUN, BN turun kepada 14 DUN.
– Maksudnya, PH kehilangan lebih banyak kerusi berbanding BN. Jadi, naratif “PH bantu BN menang” tidak sepenuhnya tepat — kedua-dua pihak saling bergantung.

Isu Pokok Tarik Sokongan
Inilah punca sebenar:
– Tok Min, mewakili PH, mengurus isu adat Negeri Sembilan (Yang di-Pertuan Besar, Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin) dengan cara yang dianggap tidak molek.
– Akibatnya, Undang Yang Empat mengeluarkan surat kuning dengan 4 cop mohor rasmi, menyatakan Tok Min tidak layak menerajui kerajaan.
– UMNO BN tidak mahu terpalit dengan isu ini kerana mereka juga berada dalam pentadbiran. Jalan terbaik: tarik sokongan sebagai tanda hormat kepada institusi adat Negeri Sembilan.

Kesimpulan
UMNO BN bukan tarik sokongan kerana gila kuasa, tetapi kerana mahu menjaga maruah institusi adat Negeri Sembilan. PH pula memilih untuk terus memerintah dengan sokongan minoriti.

Jadi, kalau nak faham isu sebenar, jangan terperangkap dengan naratif sampingan. Isu pokoknya ialah konflik antara pentadbiran Tok Min dengan institusi adat Negeri Sembilan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami