BERITAPOLITIKMenteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Asal Baca Sahaja Apa Yang Diberi?

Menteri Agama, Zulkifli Hasan didakwa membuat kenyataan tidak tepat di Parlimen berhubung isu RCI Tabung Haji. Beliau menuduh bahawa Tabung Haji dahulu telah mengabaikan teguran Bank Negara Malaysia (BNM).

Namun, fakta rasmi menunjukkan sebaliknya.

Pada 26 Januari 2016, Bank Negara Malaysia sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi melalui laman webnya yang mengakui bahawa Lembaga Tabung Haji telah mengambil langkah-langkah penambahbaikan berdasarkan teguran dan penglibatan sebelum itu.

Dalam kenyataan bertajuk Surveillance of non-bank financial institutions, BNM menyatakan:

“Berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh Bank, pihak Bank dan FSEC dari semasa ke semasa akan memberikan nasihat kepada institusi kewangan bukan bank yang utama sebagai langkah awalan untuk memastikan kedudukan kewangan institusi berkenaan kekal kukuh dan bagi mengelak sebarang implikasi sistemik ke atas sistem kewangan negara. Berhubung dengan Lembaga Tabung Haji, institusi ini telah secara proaktif mengambil langkah-langkah wajar untuk terus memantapkan amalan pengurusan risikonya atas inisiatif sendiri dan susulan perbincangan dengan Bank sebelum ini. Langkah-langkah ini akan memperkukuh kedudukan kewangan institusi ini yang mampan pada masa hadapan.”

Lihat sini: https://www.bnm.gov.my/-/pemantauan-terhadap-institusi-kewangan-bukan-bank

BNM menegaskan bahawa walaupun Tabung Haji tidak berada di bawah penyeliaan langsung bank pusat, nasihat yang diberikan bertujuan memastikan institusi tersebut terus diurus dengan baik dan mampu melaksanakan peranannya dengan berkesan demi kestabilan kewangan.

Ini jelas menunjukkan bahawa Tabung Haji tidak mengabaikan teguran BNM, sebaliknya bertindak proaktif dan responsif.

Tuduhan bahawa Tabung Haji “mengabaikan” nasihat BNM adalah tidak berasas dan bertentangan dengan rekod rasmi bank pusat itu sendiri. Membuat kenyataan sedemikian di Parlimen tanpa tabayyun (penelitian dan pengesahan) adalah tindakan yang serius. Risiko berbohong di Parlimen boleh membawa kepada tindakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Tidak berguna memulakan ucapan dengan ayat Al-Quran jika isinya berbelit dengan maklumat yang tidak tepat atau memutarbelitkan fakta. Kebenaran mesti diutamakan, terutama apabila melibatkan institusi penting seperti Tabung Haji dan kenyataan rasmi Bank Negara Malaysia.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Tabung Haji Sebelum 2018: Kedudukan Sebenar, Dasar Dan Tanggung Jawab Institusi

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Mengenai kami