PILIHAN RAYAPRU-13: PDRM Bertindak Jika Ada Campur Tangan Asing

PRU-13: PDRM Bertindak Jika Ada Campur Tangan Asing

PRU-13: PDRM Bertindak Jika Ada Campur Tangan AsingPASIR PUTEH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika terdapat campur tangan pihak asing semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata sehingga ini polis sedang memantau kemungkinan itu.

“Setakat ini tiada maklumat pihak asing campur tangan dalam hal berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keselamatan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, Ahad.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan ketua polis daerah.

Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak tentang kemungkinan berlaku campur tangan asing dalam PRU-13 berasaskan keadaan politik semasa.

Mengenai kebimbangan kemungkinan pihak pembangkang melakukan kegiatan ‘Arab Spring’ jika tewas pada PRU-13, beliau yakin ia tidak berlaku kerana tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan keselamatan negara semakin meningkat.

Katanya polis sudah siap sedia untuk menghadapi PRU-13 dan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut undang-undang yang digariskan.

Beliau berkata polis juga memerlukan kerjasama orang ramai bagi membolehkan proses pilihan raya di negara ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Kedudukan Strategik Ahmad Zahid: Mengapa BN Dijangka Kekal Menyokong Kerajaan Perpaduan Walaupun Menang di Peringkat Negeri

Analisis peluang UMNO di PRN Johor: Kelebihan vs cabaran

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami