KPDNKK nafi laporan berhubung kuota subsidi minyak

KPDNKK nafi laporan berhubung kuota subsidi minyak

RON 97

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menafikan laporan bahawa hanya pengguna berpendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan berkuasa kurang 2,000cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Laporan itu hanyalah satu spekulasi, kata Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar bahawa pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter dan selepas habis kuota itu, pemilik kenderaan itu perlu membeli bahan api mengikut harga pasaran.

Alias berkata, memang ada pendekatan baharu berhubung subsidi petrol dan diesel tetapi kerajaan masih mengkaji perkara itu.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis perundingan tahunan KPDNKK bersama sektor koperasi, yang turut dihadiri menteri berkenaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Dalam perkembangan lain, Alias berkata KPDNKK akan mengadakan pertemuan dengan pembekal barang keperluan makanan bagi memastikan barangan mencukupi semasa Ramadan dan Aidilfitri.

“Mungkin minggu depan kita akan tetapkan satu tarikh untuk bermesyuarat,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Beban Subsidi dan Harga Minyak: Perbandingan Dua Era – Kegagalan Anwar Ibrahim

[Video] Harga RON95 naik 1 sen atau 2 sen seminggu tahun depan

Tabung Haji: Apa yang paling menakutkan?

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami