BERITAMayat Tanpa Kepala Ditemui Dalam Beg Di Pulau Pinang (video)

Mayat Tanpa Kepala Ditemui Dalam Beg Di Pulau Pinang (video)

Mayat Tanpa Kepala Ditemui Dalam Beg

 

 

Mayatnya ditemui dalam beg pakaian yang ditinggalkan di parkir kereta berhampiran Taman Botani, Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang, pagi tadi.

Mayat itu yang dipenggal kepala dan kaki dibungkus dengan selimut sebelum disumbat dalam beg.

Hasil siasatan mendapati hanya separuh badan daripada pinggang hingga ke leher dan dua tangan ditemui dalam beg itu.

Mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 hingga 36 jam.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa kemungkinan warga asing.

Ini kerana tiada suntikan BCG ditemui dilengan mangsa.

Beg yang berbau busuk serta dihurungi lalat itu ditemui seorang pekerja pencuci taman botani lalu menghubungi polis.

Katanya polis juga tidak menerima sebarang laporan berhubung individu hilang.

Mayat dihantar ke hospital pulau pinang untuk bedah siasat.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Double standard Madani: Johor dapat e-ART LOI konsesi PPP, kubu DAP Pulau Pinang LRT dibiaya penuh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami