Tren Monorel Baharu Empat Koc Mula Beroperasi

Tren Monorel Baharu Empat Koc Mula Beroperasi

monorail-rapidkl-4-car

Dua daripada tren monorel yang baharu buatan Malaysia yang mempunyai empat koc akan memulakan perkhidmatan pada Sabtu, menandakan era baharu dalam sejarah perkhidmatan tren Rapid KL.

Rapid Rail Sdn Bhd berkata set ketiga telahpun menjalani ujian dan pentauliahan.

monorail-rapidkl-4-car-dalam

“Set keempat dijadual diserahkan menjelang akhir bulan dengan baki sembilan set akan diserahkan secara berperingkat tahun depan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Khairani Mohamed dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain tren baharu, Rapid Rail juga telah menaik taraf semua 11 stesennya dengan memasang ciri-ciri akses universal, penyambungan platform stesen serta pembinaan sayap baharu di Stesen Bukit Bintang station.

Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd, ialah pengendali laluan monorel Rapid KL.

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Empat Projek Pengangkutan Awam Utama Kroni Mahathir Bankrap Dan Terpaksa Di 'Bail-Out' Oleh Kerajaan

Video: Perkhidmatan Monorel Ditangguh Sementara

Monorel Terkandas Di Antara Stsyen Bukit Bintang Dan Imbi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami