BERITALelaki ditahan disyaki terbabit kes bunuh wanita

Lelaki ditahan disyaki terbabit kes bunuh wanita

mayat-wanita-dalam-belukar-cyberjaya-2

PUTRAJAYA: Polis menahan seorang lelaki berumur 26 tahun disyaki terbabit dalam kes bunuh membabitkan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti, Cyberjaya semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali, berkata hasil soal siasat yang dilakukan mendapati suspek mengaku telah mencampakkan mayat mangsa dari jambatan di Cyberjaya.

“Beberapa barang kepunyaan mangsa turut dirampas bersama-sama suspek, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti motif sebenar mangsa dibunuh.

Lelaki ditahan disyaki terbabit kes bunuh wanita

“Kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Sepang esok,” katanya.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami