BERITADiculik geng pondan ganas

Diculik geng pondan ganas

Diculik geng pondan ganas

Kuala Kubu Bharu: Seorang lelaki yang diculik sekumpulan ‘geng pondan’ bertindak nekad menarik stereng kereta dipandu suspek menyebabkan kenderaan itu terjunam ke dalam gaung.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi Khamis lalu, mangsa berusia 28 tahun diselamatkan seorang pemandu lori yang kebetulan melalui lokasi kejadian di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Difahamkan mangsa cuba melepaskan diri selepas mendengar perbualan kumpulan suspek yang merancang mahu membunuhnya di kawasan hutan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa sebelum itu dilarikan sekumpulan lelaki selepas bertemu dengan salah seorang suspek di Jalan Thambipillay, Brickfields.

Difahamkan, mangsa bertemu suspek dengan tujuan meminta lelaki itu menarik semula laporan polis dibuat terhadap adiknya yang kini ditahan di Penjara Sungai Buluh.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Kuala Kubu Bharu

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami