5 pelancong bogel di puncak gunung Kinabalu akan ditahan

5 pelancong bogel di puncak gunung Kinabalu akan ditahan

gunung-kinabalu-pelancung-bogel

Kota Kinabalu: Lima pelancong asing termasuk seorang wanita yang didakwa berbogel di puncak Gunung Kinabalu akan ditahan pihak berkuasa dalam masa terdekat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, pihaknya menerima satu laporan polis yang turut menyatakan nama lima pelancong berkenaan.

“Polis sedang menyiasat laporan itu dan semua individu terbabit dipercayai masih berada di negeri ini.

“Pihak berkuasa akan mengadakan pemantauan di semua pintu keluar di negeri ini bagi mengesan kumpulan pelancong terbabit,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti lucah yang membawa hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Trail Baharu Kinabalu Dibina Dengan 'Kasih Sayang', Dapat Jimatkan Kos

hujan air batu di Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu 'Berparut'

Banjir Lumpur Di Perkampungan Kaki Gunung Kinabalu

Gempa Sabah: Malim dan pasukan penyelamat bekerjasama dalam misi SAR

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami