Pembangkang nampaknya kena fikir 100 kali kalau nak cuba main lagi dakwa Felda bangkrap.
Kalau begitulah keadaannya macam mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu boleh umum Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100.9 juta.
Bayaran itu akan dibuat kepada seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.
Najib memberitahu menerusi satu kenyataan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara akan menerima bonus itu.
“Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011,” katanya.-25/12/2010