Najib adakan lawatan kerja ke Arab Saudi

Najib adakan lawatan kerja ke Arab Saudi

najib-razak-jeddah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di Arab Saudi untuk lawatan kerja tiga hari, dijadual bertemu pelajar dan golongan profesional Malaysia di Jeddah dan Makkah hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam akaun Facebooknya hari ini berkata selepas pertemuan itu, Perdana Menteri turut dijadual menunaikan umrah selepas solat Maghrib malam ini.

“Perdana Menteri akan bertolak ke Madinah esok. Selain mengunjungi Masjid Nabawi, beliau juga akan menghadiri jamuan makan tengah hari bersama pelajar dan golongan profesional Malaysia di Holiday Villa Hotel Madinah,” katanya.

Ketika di Madinah, Perdana Menteri juga dijadualkan bertolak ke Knowledge Economic City dan Dar Al Madinah Urban and Built Heritage Museum.

Najib yang tiba di Jeddah semalam, disambut Gabenor Jeddah Putera Mish’al Abd Majid, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Zainol Rahim Zainuddin dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami