MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

FMM gesa kerajaan sahkan TPPA berikutan manfaatnya

tppa-fmm

Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan meratifikasi atau mengesahkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) berikutan manfaatnya sebagai akses kepada pasaran bebas cukai yang lebih besar.

Di bawah TPPA, duti import 85 peratus perdagangan Malaysia dengan rakan baharu perjanjian perdagangan bebas (FTA) iaitu Kanada, Mexico, Peru dan Amerika Syarikat akan dihapuskan, sekali gus membolehkan industri Malaysia menjimatkan tarif sebanyak AS$$1.2 bilion.

Presiden FMM, Datuk Seri Saw Choo Boon, berkata produk automotif, jentera dan perkakasan, elektrikal dan elektronik (E&E), tekstil dan pakaian serta hasil getah adalah antara yang mendapat manfaat hasil akses bebas cukai berkenaan.

Pada masa sama, Malaysia akan menghapuskan duti import bagi beberapa produk sensitif seperti E&E, petroleum dan bahan kimia yang akan membuka lebih banyak peluang untuk pengusaha mendapatkan bahan mentah lebih berkualiti.

“Sehubungan itu, FMM menggesa semua pihak, khususnya kerajaan untuk mengambil langkah penting untuk menjadi sebahagian daripada TPPA.

“Berikutan ketidaktentuan persekitaran perdagangan global, khususnya pasaran eksport tradisional, mampukah Malaysia (mengambil risiko) untuk mengelak daripada menandatangani FTA penting seperti TPPA dan FTA lain yang dirancang seperti membabitkan Kesatuan Eropah-Malaysia atau Perkongsian Ekonomi Komprehensif Ekonomi Serantau?

“Jika Malaysia gagal memuktamadkan TPPA, negara jiran ASEAN seperti Vietnam, Singapura dan Brunei pula sebaliknya akan mencatat kemajuan lebih pesat,” katanya.

Mengikut Saw, Malaysia ternyata menikmati faedah hasil pemeteraian FTA sebelum ini, malah ada bukti menunjukkan prestasi negara ekonomi bebas seperti Chile, China dan Korea Selatan jauh lebih baik berbanding negara yang mengamalkan pendekatan sebaliknya.

“Sektor swasta, khususnya pekilang, penyedia perkhidmatan, pelabur, usahawan, majikan, penjual produk dan perkhidmatan misalnya, turut menyokong (pelaksanaan) FTA termasuk TPPA,” katanya.

Beliau turut menyifatkan perdagangan dan pelaburan sebagai nadi utama yang berperanan penting dalam pertumbuhan serta transformasi ekonomi Malaysia.

“Ini jelas menerusi kedudukan Malaysia sebagai negara keempat paling banyak bergantung kepada perdagangan selepas Hong Kong, Singapura dan Vietnam dengan jumlah dagangan mewakili 1.5 kali daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Kita sendiri turut mengakui batasan pasaran domestik dan sedar hanya mampu menjana sumber pertumbuhan dan pelaburan baharu dengan memperluaskan lagi sempadan kita kepada dunia luar. Inilah (manfaat) dijanjikan TPPA dan FTA,” katanya.

Setakat 1 Disember 2015, laporan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menunjukkan sejumlah 619 FTA dimeterai di serata dunia dan 413 daripadanya sudah dikuatkuasakan.

Berkaitan

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani