1. Wah, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pasukan Madani ni memang hebat. Setiap kali ada sedikit tekanan ekonomi — harga barang naik sikit, ringgit goyang sekejap, atau pelabur asing merungut — terus lahir kenyataan yang sama: “Rakyat kena bersedia hadapi krisis.” Macam rakyat ni budak tadika yang tak reti tanggung beban hidup. Bak kata pepatah Melayu ‘menguningkan kunyit sendiri.
2. Kamu tahu apa itu krisis sebenar?
3. Balik ke 2009. Dunia sedang dilanda Great Recession. Ekonomi Malaysia menguncup 6.2% dalam suku pertama. Eksport jatuh teruk — pembuatan -18%, komoditi -23.8%, E&E junam 41.4%. Kilang-kilang hampir mati enjin, kadar penggunaan kapasiti turun ke 59%. Pemberhentian kerja melonjak, permintaan domestik merudum. Harga minyak dari USD132 ke USD40, sawit RM1,500 setan. Itu baru krisis betul.
Rujukan: https://pakdin.my/?s=Great+Global+Recession
4. Najib tak merengek. Tak salahkan rakyat “tak bersedia”. Dia gerakkan stimulus, sokong sektor domestik, pulihkan ekonomi dengan pantas. Ramai rakyat pun tak sedar betapa teruknya masa tu — sebab Najib lindungi rakyat, bukan lindungi imej diri.
5. Sekarang? Madani suka cerita pasal “pertumbuhan mantap” dan angka statistik yang cantik di PowerPoint. Tapi tanya rakyat biasa di pasar malam, kampung, atau flat-flat murah: adakah poket korang berasa pertumbuhan itu?
Inflasi terkini pun dah mula menunjukkan tanda tekanan. Kadar inflasi tahunan Malaysia naik ke 1.7% pada Mac 2026, daripada 1.4% pada Februari — paras tertinggi sejak Januari 2025. Core inflation (tidak termasuk makanan segar dan harga terkawal) naik ke 2.1%. Harga barang dalam kategori peribadi & pelbagai naik 7.0%, restoran & penginapan 2.6%, dan beberapa komponen lain terus merayap naik walaupun makanan agak terkawal buat sementara.
Rujukan: https://tradingeconomics.com/malaysia/inflation-cpi
Rumah tangga berhutang 84% daripada GDP — antara tertinggi di ASEAN. Subsidi diesel dan RON95 dikurangkan atas nama “rasionalisasi”, tapi harga barang naik, kos hidup terus merayap. Gaji purata masih rendah, produktiviti tak naik sepadan. Orang tengah kelas terhimpit, B40 semakin sesak nafas. “Reform” yang dilaungkan jadi beban baru untuk rakyat, sementara projek mega dan kroni masih berjalan lancar.
Tiap kali ada isu — sama ada tariff Trump, konflik Timur Tengah, atau sekadar unjuran pertumbuhan yang “agak sederhana” untuk 2026 — kerajaan terus keluar naratif “rakyat kena bersedia”. Panik sikit-sikit. Salahkan faktor luaran. Salahkan rakyat yang tak faham “visi Madani”. Macam rakyat ni yang salah sebab tak cukup bersyukur dengan angka statistik yang cantik di kertas.
Kalau krisis sebesar 2009 berlaku hari ini, agak-agaknya berapa lama sebelum kita dengar Anwar menyalahkan “warisan kerajaan lepas”, “konspirasi pembangkang”, atau “rakyat tak cukup matang” untuk hadapi realiti? Mungkin esok lusa ada pula kempen “Madani Mart” atau “Bantuan Sara Hidup Madani” yang kononnya selesaikan segala masalah, tapi akhirnya rakyat yang bayar cukai yang tanggung.
Kerja Perdana Menteri itu lindungi rakyat, bukan lindungi naratif. Bukan sibuk jual mimpi “Ekonomi Madani” sambil rakyat berjuang nak bayar bil elektrik, petrol, dan sewa rumah. Bukan panik bila statistik tak cantik (walaupun inflasi masih rendah secara relatif), lalu suruh rakyat “bersedia hadapi krisis” yang sebenarnya dicipta oleh pengurusan yang lemah dan komunikasi yang buruk.
Najib hadapi ribut besar dan selamatkan kapal. Madani hadapi angin sepoi-sepoi lalu pun sudah gelabah, salahkan awak-awak yang naik bot.
Korang faham tak? Rakyat tak minta kerajaan jadi malaikat. Cuma jangan la jadi pak cik-pak cik yang suka ceramah panjang lebar pasal visi hebat, tapi bila tiba masanya tanggungjawab — terus cari kambing hitam.
Sikit-sikit panik. Besar-besar pun nampaknya tak ubah. Itulah Madani versi 2026.
