BERITANAJIB RAZAKRoad ke RM1.8 Trilion: Hutang PMX, propaganda terhadap Najib jadi bahan lawak

Road ke RM1.8 Trilion: Hutang PMX, propaganda terhadap Najib jadi bahan lawak

Ajaib betul matematik politik Madanon

Dulu, rakyat Malaysia hampir kena hipnotis dengan cerita seram: “Hutang Najib RM1 trilion! Negara nak bankrap! Anak cucu bayar sampai mati!” Propaganda PH-Pakatan dulu dimainkan habis-habisan. Setiap ceramah, setiap media friendly, setiap tweet penyokong buta parti, semuanya sorak pasal RM1T tu macam bom atom yang bakal meletup. Najib digambarkan sebagai raja hutang yang rakus, manakala Pakatan Harapan pula kononnya penyelamat fiskal yang bijak dan berhemah. Bak kata pepatah Melayu ‘menguningkan kunyit sendiri.

Hari ini? Realitinya lebih sinis daripada cerita dongeng politik mana pun.

Menurut data yang diedarkan sendiri, jumlah hutang dan liabiliti kerajaan persekutuan naik dari RM1.399 trilion pada akhir 2022 kepada RM1.73 trilion pada akhir 2025 — kenaikan hampir RM330 bilion dalam masa tiga tahun saja di bawah kerajaan PMX. Tahun 2026 ini pula, baru lapan tahun selepas propaganda “RM1 trilion Najib” dimainkan, angka itu dijangka mencecah RM1.8 trilion.

Dulu RM1 trilion = negara kolaps, anak cucu jadi hamba hutang.
Sekarang RM1.8 trilion = “pengurusan fiskal yang berhemah dan bertanggungjawab”.

Ajaib betul matematik politik Madanon.

Bandingan Najib vs PMX: Siapa Lebih ‘Berjaya’ Kawal Hutang?

Ketika Najib Razak menjadi Perdana Menteri, hutang langsung kerajaan sekitar RM700 bilion dengan nisbah hutang kepada KDNK di bawah 55%. Walaupun ada isu 1MDB yang jadi bahan serangan bertalu-talu, angka hutang relatif masih terkawal dan ekonomi tumbuh dengan agak stabil. PH sendiri yang dulu jerit “RM1T termasuk liabiliti!” sekarang pula senyap sunyi apabila jumlah yang sama (atau lebih) dicapai dalam tempoh yang lebih singkat.

Penyokong PH hari ini rileks saja. Yang dulu menjerit “bankrap” sekarang sibuk cakap “ini hutang untuk masa depan”, “pelaburan rakyat”, “fiskal sustainable”. Kalau Najib naik RM100 bilion pun dah kena label penyangak, Madani naik ratusan bilion pula dapat pujian “prudent”. Standard berganda ala-ala parti bertukar kerajaan.

Apa yang lebih sinis? Rakyat biasa yang kena tanggung. Subsidi dipotong, cukai dinaik, GST versi baru mengintai, harga barang melambung, gaji tak naik seiring. Tapi di Putrajaya, mereka masih boleh bercakap pasal “pengurusan bijak” sambil hutang terus membengkak. Road to RM1.8 trilion bukan sekadar angka — ia adalah bukti hipokrasi politik yang mentah. Propaganda lama jadi boomerang yang memalukan.

Dulu takut RM1T.
Sekarang RM1.8T pula “biasa je”.

Kalau begini, esok RM2.5 trilion pun mungkin akan dikatakan “warisan Madani yang cemerlang”. Rakyat cuma boleh gelak sinis sambil bayar bilik sewa, minyak masak dan ansuran kereta yang semakin mahal.

Selamat datang ke era baru Malaysia: di mana hutang bukan masalah, tapi naratif yang berubah mengikut siapa yang berkuasa.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Peguam Dakwa Bekas CEO 1MDB Mengaku Kelirukan Mahkamah dan Reka Minit Mesyuarat Bersama Jho Low

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Mengenai kami