Pengenalan
Negeri Sembilan, yang terkenal dengan sistem Adat Perpatihnya yang unik, kini berdepan dengan krisis perlembagaan dan adat yang paling genting dalam sejarah modennya. Pertikaian yang melibatkan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dengan empat pembesar wilayah yang dikenali sebagai Undang Yang Empat telah mencetuskan polemik undang-undang dan politik yang mendalam.
Konflik yang memuncak pada April 2026 ini pada asasnya berkisar kepada tindakan pemecatan bersilang: pemecatan Undang Luak Sungai Ujong oleh istana dan pemecatan Yang di-Pertuan Besar oleh gabungan Undang.
Di tengah-tengah kemelut ini, kedudukan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, menjadi tumpuan apabila keputusannya untuk berpihak kepada istana dalam kedua-dua prosiding menimbulkan tanda tanya mengenai ketelusan dan keberpihakan.
Artikel ini akan menganalisis kronologi krisis, mengupas dua persoalan utama yang menjadi inti pati pertikaian, dan menilai tindakan Menteri Besar dari sudut adat, perundangan, dan etika kepimpinan.
Kronologi Krisis: Pertembungan Dua Naratif
Bagi memahami konflik ini dengan jelas, kronologi peristiwa berdasarkan dua naratif yang bertembung dirumuskan seperti berikut:
Naratif Pihak Undang Yang Empat:
Telaga Undang Waris Klana Hulu, Sungai Ujong, memecat Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong berkuat kuasa 13 Mei 2025, atas 33 tuduhan pelanggaran adat dan hukum syarak.
Naratif Pihak Istana & Menteri Besar:
Pihak Mubarak mendakwa dua daripada pembesar yang terlibat dalam pemecatan telah hilang status sebagai Dato’ Lembaga Adat sejak Disember 2024, sekali gus membatalkan keputusan mereka.

Persoalan Pertama: Keberpihakan Menteri Besar dalam Dua Prosiding
Inti pati pertikaian pertama terletak pada cara Menteri Besar mengendalikan dua prosiding yang hampir serentak tetapi mendapat layanan yang bertentangan. Di satu pihak, prosiding di Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang mengesahkan pemecatan Undang Luak Sungai Ujong “cepat diambil” dan disokong sepenuhnya oleh Menteri Besar melalui kenyataan rasmi. Di pihak lain, prosiding oleh Undang Yang Empat yang memecat Yang di-Pertuan Besar “ditolak” dan langsung tidak diiktiraf oleh Menteri Besar.
Perbezaan layanan ini menimbulkan persoalan serius tentang prinsip eksekutif yang digunakan oleh Menteri Besar. Seperti yang dihujahkan, Menteri Besar seolah-olah menggunakan “eksekutif choice” untuk memilih prosiding mana yang mahu diiktiraf dan mana yang mahu ditolak. Tindakan ini menimbulkan kesan “cacatnya sudah ada, cidanya sudah terpakai” kerana beliau memilih untuk mengiktiraf pemecatan Mubarak (yang merugikan pihak Undang) tetapi menolak pemecatan Tuanku Muhriz (yang menguntungkan pihak Undang). Ini dilihat sebagai satu pukulan berganda: Menteri Besar secara langsung mengetepikan suara dan autoriti empat Undang yang merupakan institusi adat yang setaraf. Ketiadaan tandatangan Menteri Besar pada sebarang dokumen yang mengiktiraf keputusan Undang Yang Empat boleh dipertikaikan sebagai bukti bahawa beliau secara sedar memilih untuk menyebelahi pihak Diraja, bukannya bertindak sebagai pendamai yang neutral seperti yang diharapkan dalam suasana konflik adat.
Persoalan Kedua: Keabsahan Laporan Ibu Soko dan Minit Mesyuarat yang Hilang
Persoalan kedua berkisar kepada keabsahan proses pemecatan Mubarak itu sendiri. Pihak Yang di-Pertuan Besar didakwa hanya mengambil laporan daripada Ibu Soko atau Telaga Undang sebelum pemecatan dilaksanakan. Tindakan ini wajar dipertikai kerana dalam sistem Adat Perpatih, Ibu Soko (sering digelar “ibu waris”) adalah penjaga adat tertinggi yang dihormati, tetapi kuasa mereka bukanlah mutlak. Keputusan untuk memecat seorang Undang seharusnya melibatkan musyawarah antara Lembaga dan Buapak, bukan hanya berdasarkan laporan daripada satu pihak sahaja. Dalam konteks ini, peranan Ibu Soko sebagai sumber maklumat tunggal wajar dipertikaikan, kerana keputusan itu dilihat tidak melalui proses perundingan yang menyeluruh.
Lebih meragukan lagi, minit mesyuarat DKU pada 17 April 2026 yang menjadi asas kepada pengesahan pemecatan Mubarak telah “secara anehnya” tidak dapat dikemukakan. Setiausaha Sulit Undang Luak Sungai Ujong telah mencabar Menteri Besar untuk mendedahkan minit mesyuarat tersebut, sambil menyatakan bahawa pihak Undang telah memohon tetapi tidak mendapat sebarang rekod. Beliau memberi amaran: “Dan kalau minit mesyuarat itu lain apa yang keluar… itu bahaya, sangat bahaya”. Ketelusan adalah asas keadilan. Kegagalan untuk menyediakan dokumen penting ini menimbulkan keraguan yang mendalam terhadap kesahihan keputusan DKU tersebut. Apabila Menteri Besar bertindak atas dasar minit yang tidak dapat dikemukakan, maka terbentuk persepsi bahawa tindakan itu adalah “cacat” dari segi prosedur.
Hak 4 Undang Menentukan Kedudukan Yang di-Pertuan Besar
Adalah penting untuk diperhatikan bahawa Undang Yang Empat sememangnya mempunyai hak, walaupun tidak 100% mutlak, untuk menentukan kedudukan Yang di-Pertuan Besar. Sebagai badan yang memilih dan berpotensi menyingkirkan pemerintah, kedudukan mereka termaktub dalam Perkara 10(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Apabila keempat-empat Undang telah menyatakan pendirian yang jelas dan mencapai kata sepakat, maka “cacatnya sudah ada cidanya sudah terpakai” — yakni, keputusan itu telah dimaklumkan secara rasmi. Dalam konteks ini, apabila Menteri Besar enggan menandatangani atau mengiktiraf keputusan tersebut, ia wajar dipertikai sebagai satu tindakan yang meminggirkan peranan institusi Undang.
Kesimpulan: Ke Mana Arah Penyelesaian?
Krisis di Negeri Sembilan ini memerlukan penyelesaian yang mengembalikan semangat muafakat yang menjadi teras sistem Adat Perpatih. Dua isu utama yang dikenal pasti — ketidakadilan dalam prosiding dan kehilangan minit mesyuarat — mesti ditangani dengan segera melalui:
Pendedahan minit mesyuarat DKU 17 April 2026 untuk membuktikan atau menyangkal dakwaan keputusan sebulat suara;
Penubuhan satu enkuiri atau siasatan bebas seperti yang dicadangkan oleh pelbagai pihak, untuk meneliti asas pemecatan kedua-dua belah pihak;
Pengembalian semula forum DKU sebagai platform muafakat yang tulen, bukan sekadar badan penasihat yang dipengerusikan oleh pihak yang terlibat dalam pertikaian;
Jaminan bahawa Menteri Besar bertindak sebagai pendamai yang neutral, bukannya sebagai alat untuk mengesahkan keputusan sebelah pihak.
Ketiadaan minit mesyuarat yang sepatutnya menjadi rekod awam adalah petanda jelas bahawa proses yang dijalankan belum telus. Selagi perkara-perkara asas ini tidak dilunaskan, krisis keyakinan terhadap institusi adat dan politik di Negeri Sembilan akan terus berlarutan.
@pakdin.myPertikaian Adat dan Eksekutif di Negeri Sembilan: Analisis Konflik 4 Undang, Yang di-Pertuan Besar, dan Peranan Menteri Besar Pengenalan Negeri Sembilan, yang terkenal dengan sistem Adat Perpatihnya yang unik, kini berdepan dengan krisis perlembagaan dan adat yang paling genting dalam sejarah modennya. Pertikaian yang melibatkan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dengan empat pembesar wilayah yang dikenali sebagai Undang Yang Empat telah mencetuskan polemik undang-undang dan politik yang mendalam. Konflik yang memuncak pada April 2026 ini pada asasnya berkisar kepada tindakan pemecatan bersilang: pemecatan Undang Luak Sungai Ujong oleh istana dan pemecatan Yang di-Pertuan Besar oleh gabungan Undang. Di tengah-tengah kemelut ini, kedudukan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, menjadi tumpuan apabila keputusannya untuk berpihak kepada istana dalam kedua-dua prosiding menimbulkan tanda tanya mengenai ketelusan dan keberpihakan. Artikel ini akan menganalisis kronologi krisis, mengupas dua persoalan utama yang menjadi inti pati pertikaian, dan menilai tindakan Menteri Besar dari sudut adat, perundangan, dan etika kepimpinan. Kronologi Krisis: Pertembungan Dua Naratif Bagi memahami konflik ini dengan jelas, kronologi peristiwa berdasarkan dua naratif yang bertembung dirumuskan seperti berikut: Tarikh: Mei 2025 Naratif Pihak Undang Yang Empat: Telaga Undang Waris Klana Hulu, Sungai Ujong, memecat Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong berkuat kuasa 13 Mei 2025, atas 33 tuduhan pelanggaran adat dan hukum syarak. Naratif Pihak Istana & Menteri Besar: Pihak Mubarak mendakwa dua daripada pembesar yang terlibat dalam pemecatan telah hilang status sebagai Dato’ Lembaga Adat sejak Disember 2024, sekali gus membatalkan keputusan mereka. Tarikh: 17 April 2026 Naratif Pihak Undang Yang Empat: Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) di Istana Besar Seri Menanti bersetuju menasihatkan dan menerima pemecatan Mubarak selaras dengan Fasal 14(3) Perlembagaan Negeri. Naratif Pihak Istana & Menteri Besar: Tiga ahli DKU (termasuk Undang Johol dan Tunku Besar Tampin) mendakwa tiada keputusan kolektif dan sebulat suara dicapai dalam mesyuarat tersebut. Tarikh: 19 April 2026 Naratif Pihak Undang Yang Empat: — Naratif Pihak Istana & Menteri Besar: Empat Undang mengisytiharkan pemecatan Tuanku Muhriz dan melantik Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu. Tarikh: 20 April 2026 Naratif Pihak Undang Yang Empat: Menteri Besar mengeluarkan kenyataan menolak pengisytiharan tersebut, atas alasan Mubarak tidak lagi mempunyai autoriti sebagai Undang. Naratif Pihak Istana & Menteri Besar: Empat Undang mempertikaikan kenyataan MB sebagai tidak benar dan menuntut peletakan jawatan MB. Tarikh: 21 April 2026 Naratif Pihak Undang Yang Empat: – Naratif Pihak Istana & Menteri Besar: Empat Undang bersama Tunku Besar Tampin menghantar surat tuntutan agar MB meletakkan jawatan. Tarikh: 23 April 2026 Naratif Pihak Undang Yang Empat: Pembukaan DUN dirasmikan oleh Tuanku Muhriz tanpa kehadiran mana-mana Undang, yang memboikot upacara Naratif Pihak Istana & Menteri Besar: – Tarikh: 27 April 2026 Naratif Pihak Undang Yang Empat: 14 ADUN UMNO/BN mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin dan menarik sokongan. Naratif Pihak Istana & Menteri Besar: – Tarikh: 29 April 2026 Naratif Pihak Undang Yang Empat: Kerajaan negeri mengarahkan pengosongan Balai Undang Sungai Ujong serta-merta. Naratif Pihak Istana & Menteri Besar: – Persoalan Pertama: Keberpihakan Menteri Besar dalam Dua Prosiding Inti pati pertikaian pertama terletak pada cara Menteri Besar mengendalikan dua prosiding yang hampir serentak tetapi mendapat layanan yang bertentangan. Di satu pihak, prosiding di Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang mengesahkan pemecatan Undang Luak Sungai Ujong “cepat diambil” dan disokong sepenuhnya oleh Menteri Besar melalui kenyataan rasmi. sepenuhnya di htpps://pakdin.my♬ original sound – pakdin.my
Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Bekas Menteri Besar of Negeri Sembilan Ke-8
Ph.D dalam bidang undang-undang dari King’s College University of London 1994 dan tesisnya ialah Rule Of Law and Executive Supremacy in Malaysia

