Tiada Keretakan Di Jambatan Jalan Tampin-Gemas - JKR

Tiada Keretakan Di Jambatan Jalan Tampin-Gemas – JKR

jambatan sungai kelamah

GEMAS  — Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) Datuk Ir Dr Roslan Md Taha menafikan dakwaan keretakan akibat banjir di jambatan KM43 laluan Tampin-Gemas berhampiran Felda Sungai Kelamah dekat sini, sejak Jumaat lepas.

Beliau berkata jambatan itu, yang merentasi Sungai Kelamah, hanya mengalami sedikit kerosakan di permukaan akibat hakisan banjir deras sejak dua hari lepas.

“Jalan menghala ke Gemas mengalami sedikit kerosakan yang memerlukan kami menurap semula dan ia telah dilakukan hari ini. Jalan menghala ke Tampin mengalami sedikit kerosakan teruk hingga berlopak yang memerlukan kami mengorek semula dan membaikinya.

“Kerja untuk mengorek itu bagaimanapun perlu menunggu hingga paras air sungai surut. Tinjauan saya tadi mendapati air masa ini dalam keadaan bertahan,” katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya laluan itu masih ditutup kepada semua kenderaan dan menjangkakan laluan selorong akan dibuka semula esok selepas proses penurapan jalan selesai dilakukan.

Berikutan itu, katanya pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui Felda Jelai untuk ke Gemas atau ke Tampin.


 

Fitnah Dajjal Empangan Machap Umboh Retak

https://youtu.be/qOsxFFWmT_c

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami