BERITAPengusaha Nasi Kandar Ditembak Mati Di Pulau Pinang

Pengusaha Nasi Kandar Ditembak Mati Di Pulau Pinang

pebgusaha naai kandar di tembak pulau pinang

GEORGE TOWN: Seorang ahli perniagaan ditembak mati dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi di Jalan Datuk Keramat di sini selepas diekori oleh dua lelaki.

Mangsa, 46, pengusaha restoran nasi kandar dan pusat cuci kereta, yang dikenali sebagai Syed Aiman Zainul Abdin, ditembak dua kali di kepala, dua kali di dada dan sekali di bahagian lengannya.

Dipercayai mangsa sedang berada dalam kereta Mercedes Benz E-Class di hadapan kedai motosikal itu ketika menyedari diekori oleh motosikal terbabit.

Setelah menghentikan keretanya, salah seorang penyerang turun dari motosikal dan melepaskan enam das tembakan, lima mengenai ahli perniagaan itu manakala satu lagi tersasar dalam kejadian pukul 3.30 pagi Khamis itu.

pengusaha nasi kandar ditembak mati pulau pinang

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Double standard Madani: Johor dapat e-ART LOI konsesi PPP, kubu DAP Pulau Pinang LRT dibiaya penuh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami