Berita Harian melaporkan Seorang pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch yang dikenali Datuk R. Sri Sanjeevan sebelum ini AMK Keadilan yang lantang menentang aktiviti judi, maksiat dan kongsi gelap ditahan ketika sedang menerima wang dari pengusaha judi ekor haram.
Pengerusi terbabit berusia dalam lingkungan 30-an ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, pada jam 10.50 malam tadi, di Plaza Tol Nilai, di sini.. Terdahulu, sebelum ditahan, individu terbabit dilaporkan sedang bertemu dengan pengadu yang juga dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram.
Bagaimanapun, kerana tidak tahan akibat sering diperas ugut oleh Datuk terbabit sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.
Malah, mangsa juga dipercayai mempunyai bukti rakaman suara Datuk berkenaan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis.
Datuk R. Sri Sanjeevan sebelum ini terkenal dengan pembelian nombor plat kereta mewahnya setelah membayar wang berjumlah hampir RM340,000 untuk dua nombor plat kereta BMW.
#AllahMahaAdil