https://pakdin.my/splash-surat-khalid-buat-hadi-awang/
https://pakdin.my/splash-khalid-bidas-azmin-supaya-cermin-diri/
https://pakdin.my/penyingkiran-bekas-mb-selangor-khalid-ibrahim-berakhir-dengan-selangor-menanggung-kos-sehingga-rm2-35-bilion/
https://pakdin.my/azmin-berdolak-dalik-enggan-dedahkan-pecahan-kos-sebenar-ambil-alih-air-selangor/
Walaupun sekiranya Khalid menjadi pak turut kepada Anwar dan bersetuju kepada harga RM2.7 bilion, Kerajaan Persekutuan akan menolak untuk membayar tambahan RM2.45 bilion kerana Perjanjian Induk menyatakan jumlah yang perlu dibayar kepada SPLASH adalah RM250 juta bersih. Oleh kerana dana bagi keseluruhan pengambilalihan datang daripada Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri, maka ia tidak akan menjadi kenyataan pada harga yang dikehendaki oleh Anwar.
Ini adalah kerana Kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan kepada Selangor RM10 bilion untuk mengambil alih semua syarikat-syarikat air. Sekiranya penilaian harga yang lebih tinggi untuk SPLASH, Kerajaan Persekutuan perlu meningkatkan peryntukan dari RM10 bilion kepada RM12.45 bilion. Dan hakikat bahawa RM500 juta akan disogok kepada PKR akan menjadi sesuatu yang tidak menguntungkan kepada Kerajaan Persekutuan.
Azmin cuba untuk memesongkan kritikan dengan mengalihkan kesalahan kepada ahli EXCO PAS yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air. Sebenarnya Azmin dan bukan ahli EXCO yang mengendalikan perkara ini. Wan Azmi bukan orang yang sangat berani dan jika SPRM buat gempak terhadap beliau, dia akan mengelabah beruk. Jadi Azmin perlu memastikan bahawa beliau tidak terlibat dalam perjanjian ini.
Hadi tahu bahawa jika perjanjian ini menimbulkan madalah maka PAS akan dipersalahkan kerana ahli EXCO yang menjaga air adalah daripada PAS. Itulah sebabnya beliau meminta Khalid penjelasan, seperti yang dilakukan Khalid melalui dalam surat tersebut di atas. Tetapi terdapat beberapa perkara yang Khalid tidak boleh dedahkan: seperti peranan Anwar dalam hal ini dan bagaimana Anwar bertemu beliau dengan Wan Azmi dan cuba untuk memaksa beliau untuk membuat tawaran daripada RM250 juta kepada RM2.7 bilion dengan sogokan RM400 juta bagi PKR dan RM200 juta untuk Anwar.
Apabila Khalid tidak bersetuju dengan harga RM2.7 bilion dan bertegas dengan dengan keputusan beliau pada harga RM250 juta, Anwar menuduh beliau menjual diri kepada Kerajaan Persekutuan. Mereka juga menuduh beliau menerima rasuah dan menerbitkan buku tebal tuduhan mengenai salah laku (yang Saifuddin Nasution kemudian meminta maaf di mahkamah kerana memfitnah).
https://pakdin.my/saman-fitnah-saifuddin-mohon-maaf-kepada-khalid/
‘Jenayah’ utama Khalid ialah beliau enggan membenarkan Anwar dan PKR untuk menggunakan Selangor sebagai bank untuk menyedut keluar beratus-ratus berjuta-juta daripada negeri ini.