KUALA LUMPUR: Dua pelancong China kecewa kerana hasrat mengikuti pelbagai program pelancongan sekitar Dataran Merdeka terganggu susulan perhimpunan Bersih 5.
Pasangan itu kecewa dengan situasi berkenaan, lebih-lebih lagi ini adalah hari terakhir mereka berada di negara ini sebelum pulang ke tanah air, esok.
Tze Nei Lee, 23, difahamkan Dataran Merdeka sering menjadi tumpuan acara tarikan pelancong dan berminat menyaksikannya sendiri.
“Ada polis beritahu Dataran Merdeka ditutup kepada orang ramai,” katanya yang pertama kali mengunjungi Malaysia.
Temannya, Nicholas Ru Bin, 27, turut kecewa dan menganggap percutian mereka ke negara ini terganggu oleh perhimpunan terbabit.