BERITATiga suspek di tahan kerana menghina Sultan Muhammad V di media sosial

Tiga suspek di tahan kerana menghina Sultan Muhammad V di media sosial

Kenyataan media Ketua Polis Negara:

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik-pemilik akaun di media sosial yang memuat naik komen-komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong XV

2. Ekoran itu, tiga individu berikut telah ditahan pada 8 januari 2019 bagi membantu siasatan

2.1 Eric Liew Ling(pemilik akaun Facebook Eric Liew)
2.2 Azham Akhtar Bin Abdullah (pemilik akaun Twitter @azhamakhtar), dan
2.3 Nur Alia Binti Astaman (pemilik akaun Twitter @aliaastaman)

3. Ketiga-tiga individu tersebut disiasat di bawah seksyen 4(1) akta hasutan 1948.

4. Masyarakat dinasihatkan untuk menggunakan medium laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif atau memanipulasi isu peletakan jawatan Yang Di-Pertuan Agong XV sehingga mampu menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi DiRaja negara ini.

Tan Sri Dato Sri Mohamad Fuzi Bin Harun
Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Liwat, amang seksual pelajar: Mudir madrasah direman seminggu lagi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami