Pengunuman akan dibuat jam 3:00 petang ini di Istana Abu Bakar
Adakah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bakal ditabal sebagai Sultan Pahang bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah yang dikhabarkan sedang gering?
Khabar angin juga mengatakan Tengku Abdullah bakal dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 sejurus ditabal sebagai sultan.
Sumber istana memaklumkan, Jumaah Pangkuan Diraja Negeri yang dipengerusikan Tengku Abdullah akan mengadakan pertemuan Jumaat ini di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, sumber tersebut enggan mengulas berhubung agenda pertemuan yang akan diadakan selepas solat Jumaat itu.
Berdasarkan kepada Perkara Sembilan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, spekulasi yang bertiup kencang itu hanya menjadi kenyataan jika Sultan Ahmad Shah turun takhta atas keredaan hati baginda serta perlu menandatangani Surat Perintah.
Surat Perintah berkenaan itu pula hendaklah disaksikan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Pahang yang kedua-duanya hendaklah hadir bersama-sama pada masa Raja Pemerintah menurunkan tandatangan pada Surat Perintah itu.
Perkara Sembilan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang turut menerangkan sekiranya Raja Pemerintah tidak bersemayam dalam negeri ketika turun takhta, perintah mengesahkan turun takhta itu hendaklah dibuat dengan Surat Perintah dan diletak cap Mohor Negeri yang ditandatangani Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Pahang.
https://youtu.be/coNelwK5Rlw
Tengku Abdullah meninggalkan mesyuarat itu. Proses pengundian sedang berjalan. Turut hadir pada mesyuarat majlis diraja, bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang salah seorang penasihat berpengaruh.
Najib memegang gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar.
https://youtu.be/TXJJ2WaRDhA
Tengku Abdullah mempengerusikan mesyuarat majlis diraja di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pada agenda itu, kemungkinan ayahnya Sultan Ahmad Shah memberi laluan bagi beliau menaiki takhta.