BERITAPOLITIKTak sampai sejam selepas menyatakan sokongan kepada MB, Aziz Bari kata hanya...

Tak sampai sejam selepas menyatakan sokongan kepada MB, Aziz Bari kata hanya ikut arahan

Hanya 'ikut arahan' hadir sidang media sokong MB, kata Aziz Bari

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari akui hadir sidang media menyokong Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai ‘mengikut arahan’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari mendakwa tindakannya hadir pada sidang media menyokong Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hanya atas dasar “mengikut arahan”.

“Mereka minta saya datang dan bukannya berdegil. Semua orang tahu ‘permainan’,” katanya seperti dilapor Star Online.

Namun akhbar itu mengatakan, Aziz enggan menjelaskan siapa “mereka” dan apa “permainan” yang dimaksudkannya.

Exco kerajaan negeri itu sebelum ini dikaitkan dengan rakaman audio yang mengkritik Ahmad Faizal.

Bagaimanapun, Aziz menafikan suara dalam rakaman tersebut adalah dirinya.

Dilaporkan kesemua 10 exco kerajaan negeri semalam memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada menteri besar.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami