Ramai pakar berpendapat langkah Guan Eng untuk beli 4 lebuhraya dari Gamuda dengan harga RM6.2 bilion tidak menguntungkan rakyat.
Antara pendapat mereka:
1. Jumlah trafik untuk kesemua lebuhraya ini sedang menurun setiap tahun sejak tahun 2015 akibat projek-projek InfraRakyat kerajaan BN seperti Projek Penyambungan Jajaran LRT1 serta LRT2, MRT1 dan pemansuhan tol Lebuhraya Persekutuan.
– trafik LDP jatuh 1.9% pada tahun 2016 dan jatuh 2.9% pada tahun 2017.
– Penchala Link (2018: negatif 11.7%, 2017 negatif 4.1%, 2016 negatif 12.8%)
– Kerinchi Link (2018: negatif 2.6%, 2017 negatif 6.2%, 2016 negatif 10.%)
– Jumlah pengguna Kesas highway jatuh 5% pada tahun 2018
– trafik terowong SMART telah jatuh 30% sejak tahun 2015
Jumlah pengguna dijangka akan terus jatuh lagi setelah projek MRT2 dan LRT3 siap tak lama lagi.
2. Akibatnya, hanya lebuhraya LDP menjana keuntungan manakala lebuhraya KESAS, SPRINT dan SMART mencatat kerugian setiap tahun.
3. Syarikat Tujuan Khas (SPV) kerajaan PH yang ditubuhkan untuk meminjam RM6.2 bilion dan mengambil alih 4 lebuhraya itu dijangka akan mencatat kerugian RM70 juta setiap tahun setelah membayar faedah 4% atas pinjaman RM6.2 bilion.
Itu faedah sahaja. Belum masuk prinsipal pinjaman.
Ini bermakna SPV ini tidak akan dapat membayar balik RM6.2 bilion yang dipinjam pada masa tempoh konsesi semua lebuhraya itu tamat.
Ini bermakna hutang negara akan bertambah RM6.2 bilion lagi. Ya, hutang negara.
4. Pakar percaya bahawa kerajaan terlebih bayar RM2.82 bilion dan ini digelar mereka sebagai durian runtuh untuk Gamuda dan pemegang saham lebuhraya-lebuhraya itu.
5. Angka RM5.3 bilion yang diberi Guan Eng sebagai penjimatan kerana kerajaan tak perlu bayar pampasan itu juga tidak tepat.
Penjimatan hanya RM2.8 bilion tapi hutang kerajaan NAIK RM6.2 bilion.
6. Mereka juga percaya hasil dari durian runtuh ini akan disalurkan oleh syarikat Gamuda untuk projek Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang PTMP) bernilai RM46 bilion – iaitu projek kesayangan Menteri Kewayangan kita.
Kesimpulannya ialah:
– kerajaan rugi dan hutang negara bertambah.
– Syarikat swasta dapat durian runtuh.
– Rakyat yang tanggung kerana terus membayar bayar tol selepas tempoh konsesi tol tamat.
Tapi Raykat suka kerana “tol” memang dimansuhkan kerana telah dijenamakan semula sebagai caj kesesakan.
Highway offer not a good deal for govt, say experts
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/07/501640/highway-offer-not-good-deal-govt-say-experts
Is it a fair deal?
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/06/29/is-it-a-fair-deal/