A Kadir Jasin tidak boleh jawab soalan mengenai pegangan saham dalam Realmild bagi pihak UMNO - pakdin.my

Ini kelakar.

Jam 2 petang tadi, bekas pengasas PPBM tanya 7 soalan ini tentang saham 30% Realmild (yg miliki TV3, NST dan MRCB) yang dipegang oleh AMT A Kadir Jasin seperti berikut:

“Saya mohon bertanya lanjut kepada Dato’ A. Kadir Jasin tentang soalan-soalan berikut:

1. Dato’ bukan lah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000, apakah perniagaan yang Dato’ jalankan pada ketika itu sehinggakan Dato boleh memegang begitu banyak wang untuk membeli 30% saham Realmild, kemudian menjualnya dengan jumlah keuntungan tertentu untuk diserahkan kepada UMNO?

2. Adakah Dato memiliki sebarang perjanjian rasmi atau surat pelantikan rasmi yang memberi hak dan kuasa untuk Dato memegang begitu banyak wang untuk UMNO pada ketika itu?

3. Bolehkah Dato’ beritahu dan tunjukkan di bahagian manakah dalam dokumen atau buku kewangan UMNO yang terkandungnya jumlah nilai saham Realmild yang Dato’ pegang untuk pihak UMNO tersebut?

4. Siapakah nama individu di dalam UMNO pada ketika itu yang bertanggungjawab menerima serahan jumlah keuntungan penjualan semula 30% saham Realmild tersebut dari Dato’?

5. Adakah Dato’ menerima sebarang imbuhan kewangan dari pihak UMNO sebagai balasan atas jasa baik Dato memegang wang yang begitu banyak bagi pihak UMNO?

6. Sebagaimana yang Dato’ maklumkan kepada saya bahawa Dr Mahathir pada ketika itu memegang baki saham Realmild sebanyak 70%, adakah benar bahawa baki pegangan saham tersebut diserahkan kepada UMNO selepas beliau melepaskan jawatan Presiden UMNO? Jika ya, bolehkah jelaskan bagaimana baki saham Realmild tersebut diserahkan kepada UMNO?

7. Mohon jelaskan kepada saya dengan terperinci bagaimanakah Dato’ dan Dr Mahathir pada ketika itu boleh memegang wang yang begitu banyak didalam akaun peribadi untuk pihak UMNO sedangkan DS Najib Razak tidak boleh berbuat demikian?”

https://facebook.com/story.php?story_fbid=936329533211787&id=100005042467786

Respon Pak Kadir pada pukul 4 petang pula berbunyi begini:

“For animal use only. Maksudnya untuk kegunaan haiwan sahaja. Untuk dibagi makan kepada binatang. Terima kasih.”
https://facebook.com/story.php?story_fbid=10214442962923912&id=1114194475

Eh… tak kan bekas wartawan elit pun tak boleh menyusun ayat jawapan untuk soalan2 yang mudah macam ini?

https://1.bp.blogspot.com/-yaUxmXXv6FE/WogO-v_tRuI/AAAAAAAAIpg/0FE-OWWmUPcQl2JutAskiBdS4VSTz1pHgCLcBGAs/s1600/20180217-kadir-jasin-realmild.jpg

LSS.

UTAMAPOLITIKA Kadir Jasin tidak boleh jawab soalan mengenai pegangan saham dalam Realmild...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium