25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Apa jadi dengan fitnah PH terhadap Najib sebelum PRU-14

Sebelum PRU14, kita dengar tuduhan-tuduhan seperti Melaka Gateway, Forest City dan Taman perindustrian MCKIP di Kuantan di mana ia kini ternyata fitnah terhadap saya.

(Baru saya tahu cara penyelesaian isu “jual negara” ialah dengan merendahkan tembok kilang besi sebanyak 1.2 meter (3.9 kaki). Mengapa dulu tak beritahu?)

Saya juga inigin bertanya mengenai dua lagi tuduhan yang amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14.

Yang pertama ialah tuduhan Tun Dr Mahathir bahawa sebanyak RM160 bilion telah ‘hilang’ dari dana rizab BNM di bawah pentadbiran saya di mana ia disamakan dengan RM31.5 bilion (bersamaan dengan RM100 bilion pada hari ini) yang lesap akibat pertaruhan FOREX ketika beliau menerajui pentadbiran kerajaan pada tahun 90an, dah sudahpun disahkan oleh RCI.

(Wang rizab antarabangsa BNM RM160 bilion ini bukan hilang atau di curi tetapi ditukar dari matawang asing kepada Ringgit dalam usaha mempertahankan nilai Ringgit pada waktu itu. Ia tidak sama dengan kehilangan akibat kalah judi opsyen Forex dalam skandal tahun 1990an itu)

Kedua ialah tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas menteri ini memulakan kenyataan tuduhannya dengan ayat “Saya bersaksi dengan Allah” dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.

Nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan. Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14.

Kini, PH telah memegang Putrajaya selama 5 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati untuk mencari bukti tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai kedua-dua tuduhan yang amat serius ini.

Apa telah jadi dengan dua lagi tuduhan ini?

Najib Razak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155571453745952&id=157851205951

…………..
https://pakdin.my/tag/fitnah






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan