31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.”

Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam laman sosial Facebooknya hari ini, seakan-akan memberi amaran kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menerima penyertaan beberapa bekas ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu sebelum ini.

Tanpa menyebut mana-mana parti, Ahmad Shabery turut menggunakan analogi cerita juruterbang belot di negara Timur Tengah bagi menggambarkan pendirian beliau menolak kerjasama pengagihan kerusi pilihan raya dengan parti menerima wakil rakyat pembelot.

“Dalam sejarah perang, terutama di Timur Tengah, paling banyak cerita pilot (juruterbang) belot. Bawa pesawat terbang melarikan diri dari perang dan mendarat di negara ketiga.

“Negara asal menuntut, kamu boleh simpan pilot belot, tetapi pulangkan pesawat kami.

“Politik Malaysia pun banyak cerita belot. Isunya sama,” katanya dalam laman Facebook hari ini.

Ahmad Shabery berkata demikian bagi mengulas kenyataan beberapa pemimpin utama UMNO seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menganggap kerjasama parti itu dengan Bersatu adalah satu perkara merugikan terutama dari aspek pembahagian kerusi pilihan raya.

Meskipun UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional terbuka menerima penyertaan Bersatu ke dalam pakatan itu di samping menjadikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri, Tengku Razaleigh berpandangan masalah akan timbul sekiranya mereka bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau memberitahu Channel News Asia bahawa akan berlaku masalah pembahagian kerusi dan UMNO boleh hilang kedudukan dominan dalam kerajaan.

Ahmad Shabery turut menyifatkan tuntutan parti yang menang untuk mengekalkan kerusi pilihan raya yang dimenangi oleh kesemua wakil rakyat pembelot daripada ditandingi parti ‘ketiga’ sebagai adil dan munasabah.

Beliau turut mencadangkan mana-mana parti yang melakukan kerjasama politik bertanding di setiap kerusi Parlimen yang disukai agar rakyat boleh membuat pilihan mereka sendiri.

“Tak payah fikir sangat fasal pembahagian kerusi sebelum pilihan raya. Bertandinglah mana yang suka. Biar rakyat buat pilihan mereka. Lepas tu dalam kalangan yang menang berpakat-pakatlah tubuh kerajaan.

“Di negara lain, ‘coalition government’ selepas PRU mereka adalah normal. Cara yang kita buat tak normal bagi mereka. Konsep normal boleh berubah mengikut keadaan dan tempat,” katanya.

Facebook Ahmad Shabery Cheek

Rujukan:
https://pakdin.my/shahrir-samad-banyak-lagi-perlu-selesai-sebelum-pilih-muhyiddin-calon-pm/

https://pakdin.my/umno-tinggalkan-bersatu-pru15-razaleigh/






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan