Home / BERITA / Dunia (page 3)

Dunia

HAMPIR SEJUTA PENDUDUK SELATAN THAI TERJEJAS AKIBAT BANJIR

BANGKOK: Hampir sejuta penduduk terjejas akibat banjir yang melanda 10 wilayah di selatan Thailand dengan 11 kematian dicatatkan setakat Isnin, lapor Jabatan Pencegahan dan Pengurusan Bencana negara itu. Lapan daripada wilayah terbabit iaitu Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan, Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Ranong dan Phang Nga, dijangka mengalami …

Read More »

WAKIL RAKYAT INDONESIA MATI TERGANTUNG

JAKARTA: Seorang ahli Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Batu di Malang Jawa Timur dijumpai mati tergantung dengan seutas tali di dalam bilik di rumahnya semalam. Menurut laporan portal berita dalam talian hari ini, mayat Sandy Pratama Putra, 28, wakil rakyat daripada parti Nasional Demokratik (Nasdem) itu ditemui keluarganya di …

Read More »

INSIDEN TEMBAKAN DI LAPANGAN TERBANG FLORIDA: LIMA MAUT, LAPAN CEDERA

FORT LAUDERDALE (Florida): Seorang lelaki bersenjata dipercayai veteran perang Iraq melepaskan tembakan di tempat menuntut bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale, Florida pada Jumaat. Lima terbunuh dalam kejadian itu dan lapan lagi yang cedera diberikan rawatan rapi, menurut pegawai-pegawai dan saksi. Tembakan yang dilepaskan menyebabkan pelancong-pelancong yang panik lari …

Read More »

INDONESIA TUBUH AGENSI KHAS BASMI BERITA PALSU

JAKARTA: Indonesia akan menubuhkan sebuah agensi khas bagi mengekang penyebaran berita palsu di media sosial, termasuk yang membabitkan negara luar seperti China. Jurucakap presiden, Johan Budi, berkata agensi khas itu juga diberi mandat melindungi institusi kerajaan daripada diserang oleh penggodam. Ketua Menteri Keselamatan, Wiranto, berkata tindakan itu perlu bagi mengekang …

Read More »

PEKERJA ASING MERUSUH DI ARAB SAUDI DIHUKUM PENJARA, SEBAT

RIYADH: Berpuluh-puluh pekerja asing dihukum sebat dan penjara kerana merusuh susulan gaji mereka tidak dibayar oleh Kumpulan Binladin Arab Saudi, beberapa bulan lalu. Akhbar Al-Watan dan Arab News tidak menyatakan kewarganegaraan 49 pekerja itu dan kakitangan kedutaan yang dihubungi pula gagal memberikan perincian lanjut. Sejak awal tahun lalu, Al-Watan mengikuti …

Read More »

NAMA SAYA ‘SELAMET HARI NATAL’ DAN SAYA ISLAM

JAKARTA: Seorang lelaki berusia 54 tahun yang tinggal di Malang, Jawa Timur, diberi nama Slamet Hari Natal oleh ibu bapanya kerana dilahirkan pada 25 Disember 1962. “Ya, itu nama saya,” katanya, memetik tribunnews.com, Selasa. Dia menunjukkan kad identiti pengenalan diri dan keluarga, yang mengesahkan nama penuhnya adalah Slamet Hari Natal. …

Read More »

AKTIVIS ISRAEL GESA HENTI BEKALAN KETENTERAAN KE MYANMAR

Beberapa aktivis dan peguam hak kemanusiaan di Israel menggesa kerajaannya menggantung penghantaran bekalan kepada tentera Myanmar disebabkan pelanggaran hak asasi ke atas etnik minoriti di negara itu, lapor portal berita The Irrawaddy. “Amat memeranjatkan, negara Israel yang bertungkus lumus memastikan sekatan diteruskan terhadap Iran, tidak memperdulikan sekatan Amerika Syarikat dan …

Read More »

13,700 PEKERJA DI SINGAPURA DIBERHENTIKAN, PALING TINGGI SEJAK 2009

PakaTun kata ekonomi Singapura lebuh baik dari Malaysia dan Malaysia Negara muflis. Sejumlah 13,730 pekerja di Singapura diberhentikan dalam 9 bulan pertama tahun ini menjadikan jumlah pemberhentian pekerja yang tertinggi dalam tempoh 7 tahun, lapor Channel NewsAsia. Angka itu, dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MoM) hari ini dalam laporan pasaran …

Read More »

[VIDEO] AUSTRALIA LARANG LELAKI ISLAM AMAL POLIGAMI

SYDNEY – Kerajaan Australia akan mengambil tindakan keras ke atas orang Islam yang mengamalkan poligami dan menuntut pelbagai manfaat kebajikan untuk isteri kedua atau ketiga mereka. Bercakap kepada radio Sydney, Bendahari Scott Morrison berkata, amalan poligami oleh lelaki dan wanita Islam untuk menuntut pelbagai faedah kebajikan sosial adalah “100 peratus …

Read More »

RAKYAT MISKIN THAILAND TERIMA BANTUAN ALA BR1M

Hampir tujuh juta rakyat Thailand yang dikategorikan sebagai miskin tegar hari ini mula menerima pemberian wang tunai daripada kerajaan bernilai antara 1,500 hingga 3,000 baht (RM186-RM434). Agensi berita Xinhua melaporkan, pemberian wang tunai yang terus dikreditkan ke bank penerima itu menyaksikan mereka yang berpendapatan kurang 30,000 baht (RM3,722) setahun layak …

Read More »

GEMPA BUMI ACEH: HAMPIR 100 DISAHKAN MAUT

ANGKA terkini menunjukkan hampir 100 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan berpuluh-puluh mangsa lagi terperangkap apabila gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan Banda Aceh pada awal pagi Rabu. Jumlah kematian meningkat kepada 97 orang pada petang Rabu selepas lebih banyak mayat ditemui, demikian menurut komander tentera Aceh, Mejar Jeneral Tatang …

Read More »

PESAWAT PAKISTAN PK661 BAWA 47 ORANG TERHEMPAS – SENARAI PENUMPANG

ISLAMABAD: Sebuah pesawat Pakistan membawa 47 orang terhempas hari ini dalam penerbangan domestik dari bandar utara pergunungan di Chitral ke bandar ini, kata pihak berkuasa penerbangan. Penerbangan PK661 Pakistan International Airlines (PIA) terhempas di wilayah Khyber Pakhtunkhawa, kata pihak berkuasa penerbangan. Satu kenyataan awal PIA berkata, pesawat turboprop ATR-42 itu …

Read More »