24.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 1, 2020

DAP bakal mencorakkan YADIM?

Isunya ialah majoriti orang Islam tidak percaya dan tidak dapat menerima ideologi DAP, bukannya soal Islam atau tidak wakil DAP tersebut.

Penternak babi buka kedai makanan halal letak pembantu kedai muslim. Orang Islam tidak makan di kedainya bukan kerana meragui keislaman pembantu kedai atau sijil halal, tetapi kerana jijik dengan pemiliknya.

Macam itulah bila majoriti orang Islam tidak suka dengan kemasukan ahli DAP ke dalam institusi dakwah walaupun dia Islam. Bukan soal keislaman pemegang jawatan tapi lebih kepada siapa tuannya.

……

Rujukan:

Dap bakal mencorakkan Yadim?

Penstrukturan Yadim menyimpang matlamat penubuhan

Pas menyifatkan penstrukturan baharu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membawa badan amanah itu menyimpang jauh daripada matlamat asal penubuhannya pada tahun 1974.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan berkata, pihaknya meragui dasar dan pendekatan baharu Yadim akan mencapai matlamat penubuhannya untuk menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Islam akan dapat dicapai.

Beliau berkata, sebaliknya Yadim akan berubah menjadi entiti untuk kepentingan politik PH berdasarkan komposisi Ahli-ahli Lembaga badan itu yang kini dibarisi sebahagian besarnya dalam kalangan pimpinan parti-parti PH termasuk dari DAP.

“Bagi Pas perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Sheikh Omar Ali, sebagai salah seorang Ahli Lembaga Yadim memperlihatkan Kerajaan PH akan membiarkan Yadim turut dicorakkan oleh DAP walaupun DAP selama ini tidak pernah bersetuju dengan sebarang dasar Islam walaupun tidak langsung melibatkan rakyat Bukan Islam.

“Ini termasuklah sikap DAP terhadap peruntukan-peruntukan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan Islam dan institusi agama Islam, usaha memperkasakan Mahkamah Syariah dan perlaksanaan Syariat Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BACA seterusnya disini:

https://mykmu.net/2019/01/30/dap-bakal-mencorakkan-yadim/

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..