Home / :: BLOG :: / DAP Masih Ketua,Mahathir Umpan Sahaja

DAP Masih Ketua,Mahathir Umpan Sahaja

Akhirnya seperti yang disebut-sebut, Mahathir Mohamad telah dipilih secara rasmi sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan manakala Wan Azizah Wan Ismail pula diumumkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri .

Tidak mengejutkan kerana ia bukan rahsia lagi malah Mahathir sendiri pernah menyatakan kesediaannya untuk menjadi calon berkenaan sekiranya tiada calon lain daripada PH.

Nampaknya hasrat beliau menjadi kenyataan untuk dicalonkan meskipun sudah berusia 93 tahun.

Isu faktor usia tidak menjadi masalah bagi PH kerana Lim Kit Siang pun masih bertanding dan menjadi penasihat DAP sudah berusia 76 tahun tapi masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti dari politik.

Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga mencatat rekod dunia sebagai individu paling tua yang dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri.

Bukan itu sahaja berita gembira yang diterima oleh PPBM itu, sebaliknya parti itu juga akan bertanding 52 daripada 165 kerusi parlimen di Malaysia Barat. Ia merupakan kerusi terbanyak yang bakal ditandingi PPBM di Semenanjung.

Ia diikuti PKR yang diperuntukkan 51 kerusi, 35 kerusi untuk DAP dan 27 kerusi pula untuk Parti Amanah Negara (PAN).

Untunglah PPBM, walaupun masih setahun jagung dengan mesyuarat cawangan pun tidak diadakan, sudah mendapat jumlah kerusi yang paling banyak dan mengetepikan PKR serta PAN.

Bertanding pula di kerusi kerusi Melayu, DAP tepuk tangan gunakan PPBM sebagai screw untuk lemahkan dan serang UMNO.

Cuma DAP sahaja yang sukar dikawal oleh Mahathir sebaliknya beliau yang dikawal oleh DAP. Meskipun peranan DAP tidak ketara dalam isu pemilihan calon Perdana Menteri ini, namun parti berkenaan menjadi `tangan ghaib’ di belakangnya.

Seperti kata bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yaw sebelum ini ketika pilihan raya negeri Sarawak, untuk membiarkan ‘orang Melayu skru orang Melayu’. Inilah yang dilakukan oleh DAP ketika ini.

Dalam erti kata lain, DAP adalah yang paling berkuasa dalam Pakatan keranan kononnya mempunyai Mahathir sebagai ayam tambatan untuk `skru orang Melayu’.

Jumlah kerusi DAP tanding dan PAN bertanding adalah yang terbesar. 27 kerusi PAN dan 35 kerusi DAP, jumlahnya menjadi 62 kerusi. Lagi 57 kerusi di Sabah dan Sarawak juga akan didominasi oleh DAP.

Jadi, sebenarnya DAP yang paling berkuasa. Mahathir hanya jadi umpan sahaja untuk dapatkan undi Melayu.

Sudah banyak bekas pemimpin DAP yang mendedahkan niat sebenar DAP. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada 10 Disember lalu mendedahkan Lim Kit Siang berhasrat menjadi Perdana Menteri kerana Penasihat DAP itu sehingga kini tidak pernah melepaskan jawatan tertinggi dan kawalannya terhadap parti itu.

Menurut Tunku Aziz, selama ini Kit Siang melindungi niat sebenarnya itu daripada rakyat dengan berpura-pura memberi sokongan kepada calon lain untuk menjadi Perdana Menteri.

“Cita-cita Kit Siang untuk menjadi perdana menteri akan menjadi kenyataan jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Mahathir dan Anwar hanya merupakan alat politik beliau untuk meraih undi orang-orang Melayu. Sememangnya kedudukan Anwar dan Mahathir tidak layak,” kata Tunku Aziz.

Ternyata pendedahan ini membimbangkan kita. Bagi memastikan niat tersebut tidak tercapai maka janganlah beri undi kepada Pakatan Harapan kerana kita hanya akan menyaksikan calon kitar semula sebagai Perdana Menteri jika mereka menang.

Beliau telah 22 tahun memerintah negara dan lihatlah apa yang berlaku pada zamannya. Bukan sahaja nama Mahathir diseliputi skandal tragedi memali, operasi lalang dan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta kerugian RM31 bilion Bank Negara Malaysia akibat urus niaga mata wang asing (Forex) pada awal 90-an, malah beliau juga dibayangi tuduhan mengkayakan kroni dan anak-anaknya.

Jangan biarkan ia berulang lagi. Zimbabwe pun tidak ambil balik Mugabe jadi pemimpin mereka. Mahathir hanya umpan untuk rampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan semata mata. Di belakangnya, ketua sebenar adalah DAP.

Tulisan :
Beruang Biru
BB728, Isnin
8 Januari 2018

(Visited 8 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Hamzah Zainuddin mengaku menjadi broker 36 Ahli Parlimen BN melompat

Hamzah Zainuddin mengesahkan beliau adalah broker 36 ahli Parlimen BN menandatangi surat menyokong Mahathir sebagai …

26 comments

  1. Mohd Fadhil

    Tu je la modal org2 umnok

  2. Jaka Bayu Indera

    Tu jer modal yea ..
    Memalukan la hanjing2 ameno ni..cuba korg bg idea nk memulihkan negara..ini xhabis2 post pasal PH.xda idea yea..

  3. Manickam Nadeson

    memang benar DAP adalah sebuah parti celeka.

  4. Naz Paku

    Anjing2 pakatak dh sentap la kt sini…tu yg tiba2 menyalak hehehehe

  5. Sham Jusuh

    Menteri2 umngok ni pakai lambang keris2 tapi bila ajak debat penakut..sampai keris kontot bawah pun trmasuk kedalam…haha..siap ckp bkn budaya dia…budaya dia hanya la makan rasuah berganda2…smpi perut buncit..bgi anak bini makan duit rasuah..org kata kalai jumpa ular dgn org umngok bunuh org umngok dlu sebab ckp berbelit2 lgi bahaya janji2 pru org2 biawak hidup ni..haha

  6. Bahtiar Hussein

    Haha kesian anjing najib xleh kira brapa kerusi parti melayu dgn parti china

  7. Ariffin Dom

    Lebih baik kawan ngan Dap dari jadi barua komunis china.

  8. Rosli Hashim

    Inilah jadinya tak tahu sejarah 13 may 1969

  9. Mohd Affendi Ismail

    Parti majoriti Melayu tapi jadi balaci/boneka cina DAP baik payah

  10. Bahtiar Hussein

    Ada bukti atas kertas ke hahaha budak kecil pun boleh kalau takat cakap je.

  11. Mohammed Yusoff Zainal Abidin

    Kalau harimau tak ada gigi apa nak ditakutkan ….bimbangnya harimau tu masih ada kuku yang tajam kut. Makin bosan la cakap-cakap politik sahaja …

  12. Taharizal Rahim

    Macai komen kat page apasal kami serang Mahathir sangat ni, walhal lumrah politik memang serang ketua.

    Masa kau serang PM Najib Razak boleh pulak kan? Kami nak serang bakal PM korang tak boleh pulak?

    #CaiBongok

  13. Ariffin Dom

    Sejarah membuktikan pengganas komunis dari part PKM dibantu oleh Parti Komunis China. Anggota keselamatan dan orang awam terbunuh dan cedera dlm jumlah yg jauh lebih tinggi berbanding 13 Mei. Orang cina berarak sahaja. Orang melayu yg mulakan serangan berdarah. Kena betul2 tahu sejarah.

  14. Mohamad Lajis

    Betul ke sejarah 13 mei mcm tu… Klu x tau jangan main ckp je… Cari fakta yg sebenar

  15. Aimi Fikri

    Haha. Tlg la stop modus operandi mcm ni. Xhbs2 dgn DAP. FELDA apa cite? 1MDB? KWAP? Tabung Haji?

  16. Gir Rizalo

    Puak2 PH Gay lgbt hisap telan je laa

  17. Shah Naz

    Bukankah mahathir yg mempopularkan Debat Bukan Budaya kita dulu…sejarah tak tipu cai..!!

  18. Gir Rizalo

    Ariffin Dom ni gay penghisap tegar kote kulup DAPig mmg tk bole.kata apa dh..dh telan byk

  19. Bahtiar Hussein

    Hahaha tu je kemampuan anjing2 najib hahaha

  20. Khairul Izlan

    Isu bangang dari min,cuba lg.xterkesan pun

  21. Md Sahrudin

    Tukar la pemimpin apa salah kata negara demokrasi..

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: